Categories: Trending

LANGKAWI SKYCAB BEROPERASI SEMULA, 3000 PENGUNJUNG BERATUR BELI TIKET

Kejadian melibatkan ribuan termasuk penumpang dan kakitangan yang terkandas apabila sistem kereta kabel Langkawi SkyCab mengalami kerosakan semalam nampaknya tidak menjejaskan apa-apa. Wow, cayalah!  

Bukan apa, pastilah ramai yang ‘terkesan’ selepas kejadian ini kan? Ini membuktikan rakyat Malaysia memang supportive biarpun kejadian ini agak ‘menyeramkan’.

Pengarah Panorama Langkawi Sdn. Bhd. Datuk Azizan Noordin memberitahu, selepas proses baik pulih kereta kabel selesai, hampir 3,000 pelancong beratur di kaunter tiket.

Tambahnya, keadaan berjalan seperti biasa. Difahamkan, tiada pelancong yang membatalkan rancangan mereka untuk menaiki kereta kabel ini, yang dikendalikan Panorama Langkawi, sebuah anak syarikat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

“Jumlah yang direkod setakat ini hari ini masih dalam purata harian iaitu antara 3,000 hingga 5,000 penumpang,” katanya.

Operasi pembaikan perkhidmatan SkyCab sejauh 2.2 kilometer itu mengambil masa hampir lima jam sebelum semuanya selamat dibawa turun ke stesen kaki gunung.

Apapun kami mengucapkan jutaan Tahniah dan Terima Kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang menyelamatkan kesemua penumpang yang terkandas dalam 16 gondola. Diharapkan kejadian seperti ini tak berlaku lagi, nervous kot… Insha Allah!

Kredit Gambar: Malay Mail Online

SGMS Faida