Categories: TECHTech News

KONTRAKTOR MENANG RUMAH MAIN PERADUAN CELCOM

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kecuali Allah Maha Esa!

Siapa sangka dengan hanya bermain permainan trivia di dalam talian, impian seorang kontraktor awam untuk memilki sebuah kondominium menjadi kenyataan.

Rashdan A. Manan, 37, amat bertuah apabila memenangi hadiah sebuah unit kondominum bernilai RM500,000 setelah dinobat sebagai pemenang hadiah utama peraduan Celcom Big Win Menang Rumah.

Hadiah utama tersebut disampaikan oleh Zuwairi Zakaria, Ketua Penetapan Harga dan Pemasaran Runcit Celcom Axiata Berhad di Menara Celcom baru-baru ini.

Antara pemenang bertuah yang menarima hadiah kemenangan masing-masig daripada Zuwairi (tengah) baru-baru ini.

Beribu peserta telah mengambil bahagian dalam peraduan Celcom Big Win Menang Rumah di mana lebih dari 100 peserta telah berjaya membawa pulang baucar peralatan rumah istimewa bernilai RM1,000 setiap satu.

Pada yang masih belum tahu, Big Win adalah sebuah portal  anjuran Celcom Axiata  di mana pelbagai peraduan menarik disediakan seperti trivia Fit and Rich, Do-U-Know-Christiano, Duit4Free, pencarian harta karun, permainan papan dan banyak lagi.

Mereka yang menyertainya berpeluang memenangi hadiah lumayan termasuk wang tunai.

Nak jadi orang bertuah seperti Rashdan?  Dapatkan maklumat lanjut  melalui laman web rasmi  ‘Big Win’.

 

SGMS Fas