Suhaimi Saad Kaki Tipu? Didakwa Rembat Duit Peserta Program!

Tidak pernah lari daripada dihimpit kontroversi, nama Suhaimi Saad sekali lagi kecoh apabila dikatakan menipu duit peserta program seminar anjurannya.  

Terdahulu, Suhaimi  memuat naik status di laman Facebooknya mengenai sebuah Program Seminar Keibubapaan dan Pendidikan Awal Anak-Anak yang dijangka dianjurkan pada hari ini.

Walaubagaimapun, lokasi seminar tersebut terpaksa  dirahsiakan kerana  bimbang akan keselamatan keluarganya. Malah, Suhaimi memberitahu lokasi tersebut hanya akan didedahkan apabila para peserta mendaftar dan membayar program seminar berkenaan. 

Terbaru, program seminar yang dijangka diadakan pada hari ini didakwa batal secara tiba-tiba. Dikatakan tiada sebarang status mengenai program ini di laman Facebook Suhaimi sendiri

Laman instagram dan facebook Suhaimi turut dikecam oleh netizen yang rata-ratanya mengkritik pembatalan program tersebut. Ruangan komen di laman Facebook Suhaimi juga ditutup dan ini membuatkan netizen semakin marah.

Tak kurang juga yang menuduh Suhaimi sengaja mengadakan seminar sebagai “gimik” semata-mata dan berniat untuk mengambil duit peserta. Tapi, ada ke peserta yang nak join?

Sama-sama kita tunggu kenyataan daripada Suhaimi Saad sendiri.

 

Ad Ops