Susulan Muat Naik Video Menangis, Eina Azman Akui Ada Perkara Ganggu Emosi – “Saya Down Sampai Tak Boleh Fokus”

Susulan memuat naik hantaran yang memaparkan dirinya sedang menangis semalam, Datin Paduka Eina Azman tampil memberi penjelasan.

Jelas Eina, dia menyatakan dirinya menjadi emosi mungkin akibat kepenatan namun kini keadaannya semakin baik.

Namun, Eina mengakui ada perkara yang dialaminya mengganggu emosi dan membuatnya berasa di fasa yang lemah sehingga tidak mampu memberi fokus kepada kerja.

Namun begitu, Eina dilihat tidak mendedahkan perkara sebenar dan hanya memberi bayangan dengan menggunakan tanda pagar #wanitaberdikari.

Malah, Eina juga memuat naik hantaran menyatakan hidup perlu diteruskan walaupun sedang bersedih.

Ekoran perkongsiannya sebelum ini, rata-rata warganet menganggap ia merupakan sebuah gimik untuk melancarkan produk.

Namun, tidak kurang juga yang membuat spekulasi menyatakan bahawa Eina sedang berdepan dengan krisis rumah tangga.

Artikel Berkaitan: “Kalau Orang Tak Hargai…” – Kongsi Video Sedang Menangis, Eina Azman Patah Hati?

Atiqah Johari