Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain April 10, 2023 @ 10:40am

Syazwan Zulkifly Masih Baik Dengan Bekas Tunang, Rancang Mahu Beraya Bersama Di Kampung- “Hubungan Kami Rapat Sebagai Kawan”

Pelakon Syazwan Zulkifly mendedahkan dirinya masih lagi menjaga hubungan baik bersama bekas tunangnya yang merupakan seorang pramugari, Syawariah Zulkifli biarpun sudah putus selama dua tahun.

Menurut Syazwan, hubungan mereka tidak lebih dari seorang kawan, malah keluarganya juga masih rapat dengan bekas tunangnya itu.

“Hubungan kami rapat sebagai kawan. Saya juga sudah menganggap arwah ibunya seperti ibu sendiri.

“Malah, saya juga membantu menguruskan jenazah ibu dia yang meninggal dunia akibat Covid-19 sebelum ini,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Syazwan ketika ditemui di Majlis Viu Together Gather di Pavilion Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Sementara itu, pelakon yang membintangi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku itu juga menyatakan hasratnya untuk membawa wanita itu beraya bersama keluarganya di kampung.

“Saya akan menyambut raya bersama keluarga di Melaka dan Pahang selama tiga hari. Dia juga beritahu dia mahu beraya dengan keluarga saya kerana kedua ibu bapanya sudah meninggal dunia dan tiada sesiapa di kampung.

“Adik beradiknya yang lain pula sudah berumahtangga dan mereka beraya dengan keluarga serta mentua masing-masing,” jelasnya.

Namun, Syazwan menyatakan dirinya kini lebih selesa berkawan dengan bekas tunangnya itu dan tidak terfikir untuk kembali bersama,

“Walaupun sudah putus, kami masih berkawan baik dan tidak bergaduh pun. Bila saya terbabit dengan penggambaran, dia yang akan membantu menjaga kucing kami di rumah bila dia tidak bertugas dengan syarikat penerbangan.

“Kucing ini kami jaga bersama kerana kami juga berkongsi duit ketika membelinya dulu,” katanya.

Malah, pelakon itu juga menyatakan dia belum terfikir untuk mengakhiri zaman bujangnya lagi dan hanya fokus kepada kerjaya seninya sahaja.

“Saya masih solo dan belum temui pengganti selepas putus tunang dulu.

“Jika ada jodoh saya dengan dia adalah. Tapi jika dia sudah bertemu dengan orang lain nanti, saya tidak akan menghalangnya,” katanya.

Terdahulu, Syazwan dan Syawariah pernah mengikat tali pertunangan pada 31 Ogos 2019 selepas 10 tahun berkawan rapat. Namun, tali pertunangan mereka telah terputus pada 31 Mac 2020.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 4 Jul 2018

Saya Reda, Terima Kasih SPRM Atas Layanan Baik

Insya Allah, ini adalah peluang terbaik untuk saya membersihkan nama saya secara tuntas selepas ditohmah dan dituduh dengan begitu berat sekali.

Trending Fri, 16 Apr 2021

Nak Iftar Cara Sihat Tapi Nak Makan Nasi? Jom Semak Tips Yang Masterchef Bagi Ni!

Bila tibanya bulan Ramadan ini, mulalah nafsu makan kita akan membuak-buak dan bertambah-tambah! Selera pastinya menginginkan pelbagai jenis makanan, terutama sekali setiap kali tiba waktu berbuka puasa. Tapi sebenarnya, bulan ini merupakan peluang untuk kita […]

Hiburan Tue, 27 Sep 2022
Hiburan Mon, 27 Nov 2023
Hiburan Thu, 10 Oct 2019

Sean Kingston 1019来马!与多位本地著名DJ联合演出

知名歌手Sean Kingston将于10月19日(星期六)晚上8时30分,在吉隆坡Quill City Mall举办巡回演唱。

error: Content is protected !!