Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 21, 2023 @ 7:49pm

“Tahniah Aina Abdul! Bukti Kesungguhan & Kerja Keras” – Siti Nurhaliza

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meraih tumpuan selepas meninggalkan komen di salah satu hantaran bintang meningkat naik, Aina Abdul.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), pelantun lagu popular Sepi itu memuat naik video IG reels memaparkan momen-momen manis ketika di konsert A Night With Aina Abdul 3.0 (ANWAA) yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Di ruangan kapsyen, Aina meluahkan rasa syukur kepada setiap pihak yang bertungkus-lumus menjayakan konsert ANWAA tersebut.

“To wrap up almost 3 hours show… Grateful is the only word in my heart! Thank you to each department that played huge roles in ANWAA 3.0. We are one big team with one goal, Alhamdulillah we managed,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Berdasarkan pemerhatian XTRA, nama Siti Nurhaliza dan Aina Abdul menjadi sebutan di platform media sosial yang teruja selepas biduanita negara itu memuji pemilik lagu Sumpah.

“Congratulations Aina! Bukti kesungguhan dan kerja keras,” ujar beliau.

Aina turut membalas komen idolanya itu mengucapkan terima kasih atas sokongan beliau.

 

Rata-rata peminat kedua-dua selebriti ini terharu dan teruja apabila melihat sokongan padu daripada Siti Nurhaliza.

Menjengah ke ruangan media sosial, nama Aina Abdul masih hangat menjadi buah mulut ramai di media sosial meskipun konsert berskala besarnya itu sudah beberapa hari berlangsung.

Sebelum ini, peminat Aina menjadi kritikan ramai selepas didakwa mahu merebut gelaran ‘penyanyi nombor satu’ yakni dipegang oleh Siti Nurhaliza.

Susulan itu, Siti Nurhaliza berkata gelaran ‘penyanyi nombor satu’ itu tidak menjadi satu perkara yang penting, sebaliknya kerja keras dan kepuasan peminat amat diutamakan.

Artikel Berkaitan: Bertemakan ‘Aina Abdul’, Konsert ANWAA 3.0 Dihadiri 10,000 Penonton… Berhabis RM400,000 Untuk Busana Unik

Artikel Berkaitan: Video Temu Bual Bersama Media Singapura Tular… Siti Nurhaliza Utamakan Kualiti Kerja, Kepuasan Hati Peminat – “Tangga Pertama Tak Penting”

Artikel Berkaitan: Aina Abdul Malu Peminat Berbalah – “Anak Seni Seperti Saya Perjalanannya Masih Jauh”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Mar 2023
Hiburan Thu, 1 Nov 2018

Yeay! Yusuf Iskandar Bakal Dapat Adik

Alhamdulillah… Tahniah Hairul & Hanis Zalikha!

Featured Sun, 26 Dec 2021

“Ini Barulah Keluarga Malaysia!” – Kaum India, Melayu Sama-Sama Bersihkan Masjid & Kuil

Banjir besar yang melanda negara baru-baru ini bukan sahaja menjejaskan rumah dan kedai perniagaan tapi juga rumah-rumah ibadat. Beberapa video yang dimuat naik oleh Nallan Dhanabalan dengan nama pengguna @nallan.dh di TikTok merakamkan kerja-kerja pembersihan […]