Tahniah! Shila Amzah & Ubai MZ Selamat Bertunang

Penyanyi popular dan pempengaruh media sosial, Shila Amzah bersama kekasih hatinya, Ubai Mz selamat mengikat tali pertunangan hari ini.

Perkara tersebut di kongsi Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, menerusi hantaran terkini di Instagramnya sebentar tadi.

Pasangan sama cantik, sama padan itu juga kelihatan memakai pakaian sedondon berona unggu.

“Alhamdulillah,” tulis ubai ringkas.

Manakala, menerusi hantaran di Instagram milik pelantun lagu Patah Seribu itu, Shila kelihatan memuat naik foto sama dan memaklumkan majlis yang diadakan itu sedikit ‘intimate’.

“Alhamdulillah, terima kasih buat semua kawan-kawan yang tolong kami selesaikan majlis ini. Arra, Azan, Takep, Nad, haris thy.

“Ubai and me wanted an intimate engagement ceremony. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

“Terlebih terkurang dari pihak keluarga Sha, kami minta maaf ya.

“Dan yang terakhir, terima kasih buat semua yang mendoakan kami..Semoga kami kuat menghadapi segala apa yang mendatang,” katanya.

Sebelum ini, Shila dan Ubai mengejutkan ramai pihak apabila kedua-duanya saling memuat naik ucapan menerusi laman sosial masing-masing seolah-olah memberi ‘hint’ hubungan mereka telahpun putus.

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah Beri ‘Hint’, Hubungan Dengan Ubai MZ Terlerai? -“Terima Kasih Untuk 5 Bulan Yang Begitu Indah”

 

Salma Syahbuddin