” Tahniah! What A Fantastic Occasion” – Ucapan Bekas Suami Buat Fasha Sandha Undang Kontroversi

Walaupun sedang bahagia bersama kekasih hatinya, namun status sebenar perhubungan kedua-dua pelakon ini masih menjadi tanda tanya dikalangan netizen. Agaknya betul ke, Fasha Sandha dan Aidil Aziz dan bertunang?

Kontroversi melibatkan pasangan ini semakin panas apabila bekas suami Fasha, memuat naik status menerusi insta story miliknya.

Namun, menurut Fasha sehingga ke harini, beliau dengan Aidil Aziz masih berkawan rapat dan pelakon ini masih belum mahu berkongsi sebarang perancangannya untuk masa hadapan dengan alasan tidak pasti dengan apa yang bakal terjadi untuk hari esok.

Sumber : Instagram @fashasandha

” Setakat ini, saya dan Aidil masih berkawan rapat. Saya belum bersedia untuk berkongsi mengenai sebarang persediaan ataupun perancangan. In sha Allah, apabila tiba masanya nanti saya pasti akan berkongsi dengan peminat. Setakat ini, saya tidak mahu berkongsi kerana masanya belum tiba.” Jelas pelakon yang popular menerusi drama Teratai Kemboja yang disiarkan di TV3.

Apapun, Fasha Sandha masih mengharapkan semua peminatnya mendoakan agar hubungannya bersama Aidil kekal bahagia. 

Salma Syahbuddin