Categories: HiburanTrending

Tak Ikut Jejak Seni… Ogy Ahmad Daud Syukur Anak Lebih Suka Baca Buku & Belajar

Seniwati tersohor Fauziah Ahmad Daud meluahkan rasa syukur apabila anak perempuannya, Nur Aminah Aishah, 16 enggan terbabit dalam bidang seni.

Menurut Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra disapa Ogy, anaknya selesa hidup jauh daripada dunia glamor serta tidak suka mengejar populariti.

Akui sangat tegas soal pendidian, anaknya juga dilihat mengutamakan pelajaran dan tidak megikuti media sosial.

“Alhamdulillah, dia jump kelas dua tahun. Syukur alhamdulillah. Saya sangat strict seperti arwah ayah dari segi pelajaran.

“Education is very important sebab ilmu itu sangat penting. Saya bersyukur dia tak terlibat dalam bidang seni. Dia tak meminati langsung dan tiada media sosial,” katanya.

Memetik laporan Nona, bintang filem Azura itu gembira kerana anaknya juga tidak suka mengikuti Ogy ke lokasi pengambaran sebaliknya lebih gemar menghabiskan masa dengan membaca buku.

“Dia bukan seorang introvert tapi terus-terang dia ialah anak yang tidak suka mengikuti saya ke lokasi penggambaran. Dia tak suka sangat. Dia lebih suka buku, belajar.

“Saya pernah test, tak payahlah pergi sekolah. Tapi dia suka belajar. Saya syukur sangat-sangat. Impian saya nak dia melanjutkan pembelajaran ke luar negara,”jelasnya.

Sumber : Nona

Syamir Shafie