Hiburan By: SGMS Faida February 14, 2019 @ 9:44am

‘Tak Kisah Bawa Watak Mak-Mak’- Anita Baharom Mahu Aktif Semula Berlakon

Tiga tahun memperlahankan aktiviti seni, pelakon Anita Baharom sudah siap sedia aktif semula.

Anita ketika ditemui di majlis pelancaran filem Keluarga Iskandar The Movie memaklumkan tidak kisah diberi apa jua watak asalkan sesuai dengan statusnya sebagai isteri.

“ Masa bujang mungkin lain, sekarang pemilihan watak juga sudah berubah. Tetapi saya tidak kisah bawa watak jahat atau mak-mak. Saya tak kisah asalkan ada batasan sesuai dengan status sekarang,” kata ibu kepada tiga orang anak ini.

Tambah Anita yang pernah membintangi Dunia Baru The Movie, dia bersyukur biarpun jarang muncul di media massa, dia masih menerima mendapat tawaran daripada pihak produksi.

“ Beberapa tahun kebelakangan ini saya perlu memperlahankan karier seni demi anak-anak. Tahun ini saya sudah sedia aktif semula memandangkan kesemua mereka sudah besar.

“ Bukanlah besar remaja, masih dia bangku sekolah rendah cuma sudah pandai jaga diri. Kalau dulu, bila di set penggambaran, saya asyik terfikir anak di rumah.

“ Saya juga sudah berbincang dengan suami dan setuju bergilir untuk menjaga anak-anak. Cuma tawaran untuk drama yang mengambil masa berbulan lamanya, itu saya perlu berbincang semula dengan suami. Jadual penggambaran yang tidak ambil masa berbulan, saya memang tiada masalah dan sudi menerimanya,” katanya bersemangat.

Dalam perkembangan lain, Anita bakal sibuk di set Keluarga Iskandar The Movie bersama para pelakon lain antaranya Zain Hamid, Kismah Johar, Hilal Azman, Azhar Sulaiman, Raja Ema dan ramai lagi.

“ Saya bakal menjalani penggambaran dua minggu di Kuala Lumpur manakala selebihnya di Johor. Ini merupakan projek paling panjang untuk tahun 2019.

“ Insya Allah saya akan bawa anak-anak ke sana. Kami pun ada shoot di Legoland, alang-alang bolehlah mereka ke sana nanti,” akhirinya.

Menerusi perkongsian hidup bersama suami, Mohd Ismadi Ismail, Anita dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 6 Aug 2018

Al-Fatihah…Bapa Joe Flizzow Meninggal Dunia

Kami dengan rasa sedih ingin mengumumkan bahawa Ishak Nengah telah meninggal dunia pada pukul 12.35 tengah hari pada Isnin 6 Ogos 2018.

Hiburan Thu, 18 Oct 2018

Selepas Pematah Hati, Vroom Vroom Lah Pula!

Tak sabar nak dengar lagu terbaru Nabila! Lagu-lagu ciptaan Hael Husaini & Ezra Kong ni selalunya memang ONZ.

Hiburan Sun, 31 Mar 2019

Belum Sempat Bulan Madu, Pekin Ibrahim Rancang Bawa Isteri Ke Santorini

Insha Allah kalau ada rezeki masa terdekat, saya akan usahakan…

Featured Fri, 25 Nov 2022
Featured Tue, 8 Aug 2023
Hiburan Mon, 23 Dec 2019