Featured By: Fatin Nurain June 26, 2022 @ 12:43pm

“Saya sudah Janji Dengan Suami…” – Teringin Menjadi Suri Rumah Sepenuh Masa, Elly Mazlein Nekad Takkan Selamanya Jadi Artis

Penyanyi, pelakon dan pengacara sensasi, Elly Mazlein berjanji tidak akan selamanya menjadi artis demi keinginannya menjadi suri rumah dan menjaga keluarga.

Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi hanya menyerahkan impiannya itu kepada takdir dan akan meninggalkan dunia glamor ini apabila tiba masa yang tepat.

Menurut pelakon yang popular menerusi drama rantaian Kampung People ini, dia berasa lega apabila suaminya, Mohamad Azlan Che Nuh memahami situasinya yang sentiasa sibuk.

“Tak dinafikan, timbul rasa bersalah apabila terpaksa meninggalkan suami dan anak-anak yang masih kecil disebabkan terikat dengan jadual kerja ketat.

“Saya pernah meluahkan perasaan kepada suami. Mujur, suami amat memahami dan tidak pernah merungut.

“Saya katakan, anggap sahaja apa yang kita sedang lalui sebagai satu pengorbanan untuk keluarga kecil kami,” katanya.

Elly juga menyatakan dia sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi suri rumah sepenuh masa dan menjalankan rutin harian seperti ibu dan isteri yang lain.

“Saya selalu berangan dapat bangun awal pagi, basuh baju, siapkan keperluan keluarga dan hantar anak ke sekolah

“Namun, dalam keadaan sekarang, mungkin agak sukar untuk saya melaksanakan tanggungjawab ini.
Justeru, berikan saya masa untuk membuat perancangan agar impian saya terlaksana.

“Saya sudah pun berjanji pada suami, takkan selama-lamanya hidup dalam bidang seni,” ujarnya.

Disebabkan kekangan masa itu, penyanyi Empat Dara ini merangka percutian lebih awal demi memastikan mempunyai masa berkualiti bersama keluarga.

“Kali terakhir saya mengambil cuti panjang ketika bersalin. Selepas itu, jadual kerja yang padat sudah menanti.

Memandangkan suami seorang guru, saya minta dia memberikan jadual cuti persekolahan lebih awal.

“Ini bagi memudahkan saya menyusun jadual kerja agar tidak bertembung dengan percutian. Saya mahu meluangkan masa tanpa sebarang gangguan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 Aug 2022

“Macam Mana Nak Sorok Kalau…” – Bengang Didakwa Sengaja Tayang ‘Baby Bump’, Uyaina Arshad Minta Jangan Ganggu Emosi

Kalau ternampak ‘baby bump’ itu adalah sesuatu yang tidak sengaja – Uyaina Arshad

Hiburan Sat, 9 Feb 2019

Selepas Sekian Lama, AKHIRNYA Ardell Buka Mulut Soal Jodoh…

Ehem…kalau betul, apa salahnya. Dua-dua masih single kan?

Trending Thu, 12 Aug 2021

“Kenang Kebaikan Tak Salah, Tapi Jangan Sampai Obses” – Fynn Jamal Tampil Menegur Tindakan Segelintir Netizen

Ingat, semua perkara pun tidak boleh berlebih-lebihan cukup sekadar berpada-pada sahaja

Trending Sat, 3 Oct 2020
Featured Fri, 13 Jan 2023

Selepas 6 Tahun, Ameem Abdul Akhirnya ‘Leraikan’ Hubungan Cinta Lama Terbina

Nak lepaskan hubungan yang dah terjalin lama bukan mudah kan?

Gaya Hidup Thu, 27 Sep 2018

Saksikan Persembahan Koir ‘Voci Vivace’ Oleh The Canticle Singers 6 & 7 Oktober Ini

Kalau anda nak tukar mood, cuba tonton seni muzik ini pula.

Trending Thu, 12 Sep 2019

Warkah Mohon Maaf Buat Permaisuri Agong

Hari ini hangat diperkatakan tentang akaun twitter Permaisuri Agong dinyahaktifkan. Terbaru di Twitter, kelihatan ada permohonon maaf dari individu bernama Firdaus Asraf.  Melalui twitternya sebelum ini, ada menulis kata-kata yang negatif tentang baginda dimana ianya […]

error: Content is protected !!