Featured By: Aqilah Paharuzi June 23, 2022 @ 6:50pm

“Tak Mahu Gadaikan Agama Kerana Kerjaya” – Nafiz Muaz Tolak Banyak Tawaran Drama Cinta, Elak Adegan Bersentuhan

Pelakon kelahiran Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2016, Nafiz Muaz mengakui tidak menyesal apabila banyak menolak peluang untuk berlakon dalam naskhah romantis atau bercorak cinta kerana berpegang pada prinsip agama.

Nafiz atau nama sebenarnya Muhd Nafiz Muaz Nasir, 24, menegaskan dia tidak mahu menggadaikan maruah dan mengelak sebarang adegan bersentuhan dengan wanita, semata-mata untuk mengecap populariti.

“Satu je saya nak cakap, benda ni pasal agama. Saya tak mahu gadaikan agama kerana kerjaya saya. Saya tahu kalau watak dalam cerita cinta, kena pegang dan bersentuhan.

“Saya dah tiga, empat tahun berlakon, saya cuba untuk bagitau pengarah tentang perkara ini. Kalau pengarah tak okay tentang perkara ni, tak mengapalah, bukan rezeki saya,” ujarnya.

Sudah berkecimpung selama enam tahun dalam industri, Nafiz bagaimanapun akan membuat pertimbangan sekiranya pengarah drama tersebut dikenalinya.

“Dulu saya pernah berlakon satu naskhah cinta, tapi saya tak boleh dah buat benda tu. Bukannya kita nak tolak mentah-mentah, kalau pengarah tu saya kenal, baik, saya akan buat.

“Kalau saya tak kenal produksi tu, saya tengok cerita tu pun romantik sangat, saya tak boleh,” ujarnya.

Tambahnya lagi, Nafiz sentiasa percaya bahawa rezeki tidak akan berkurang sekiranya dia menolak sesuatu tawaran kerana berpegang pada prinsip untuk tidak bersentuhan dengan wanita.

“Saya tak bolehlah, untuk saya sebagai orang Islam, benda tu tak normal sebenarnya. Sebelum kahwin lagi saya dah tetapkan prinsip untuk tak mahu bersentuhan ni. Sekarang saya cuba untuk elakkan.

“Saya tak pernah lagi menyesal tolak perkara ni sebab semua ini pun ciptaan-Nya. Dia tak bagi kita kebulur kalau kita yakin. Kalau satu produksi saya tolak sebab perkara itu, ada banyak lagi yang saya akan terima,” jelasnya lagi.

Nafiz ditemui pada acara lawatan media dan penggambaran drama bersiri terbaharu iQiYi berjudul Sorry Naik Lori baru-baru ini.

Sorry Naik Lori memaparkan gaya hidup moden pasangan menerusi plot drama dan komedi.

Ia memaparkan kehidupan Khairul (Nazim Othman) sebagai seorang pemandu lori muda yang tinggal di Pulau Pinang bersama isterinya, Nadia (Ruhainies) yang merupakan seorang suri rumah.

Drama ini menampilkan barisan pelakon yang terdiri daripada Nazim Othman, Ruhainies, Tajul, Nafiz Muaz, Sheila Mambo, Asha Zainul dan Ahmad Saffuan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 4 May 2019

‘ Kalau Ada Jodoh, Saya Terima’- Raja Ema Tak Tolak Kemungkinan Berkahwin Semula

Tambah penyanyi berusia 51 tahun ini, dia bakal membuat persembahan pada bulan Ramadan ini di The Love, MaTic Jalan Ampang.

Hiburan Thu, 3 Jan 2019

Ucapan Elfira Loy Buat Suami, Sweet Teruk!

Awww.. sweet kan El dan suami

Trending Tue, 10 Dec 2019

Cha In-Ha artis K-drama kejutkan peminat muzik Korea?

Harga kemasyhuran yang berakhir dengan kematian!

Hiburan Mon, 16 Oct 2023

Masjid Pernikahan Syamsul Yusof & Ira Kazar Di Thailand Jadi Tarikan

Wow! Ramai orang kita pilih Songkhla jadi tempat nikah..

Hiburan Mon, 4 Dec 2017

挑礼物送宋慧乔?宋仲基香港逛街被偶遇

2017Mnet亚洲音乐大奖(MAMA)结束后,有网友巧遇宋仲基在中环逛街,难掩兴奋之情的模样让其他粉丝直呼“太幸运了!”

Featured Mon, 15 Aug 2022

[VIDEO] “Siapalah Kata Mereka Cerai?” – Solat Jemaah Bersama, Noor Nabila Beri ‘Hint’ Rumah Tangga Bersama Engku Emran Masih Baik

Segala kontroversi telahpun terjawab. Pasangan bahagia ni elok je tunai solat jemaah bersama-sama. Tapi comel Jebat Jayden niii, gerammm je!

Trending Fri, 1 Oct 2021

Halaqah Musim Baharu Kini Lebih Padat & Menarik

Lihat, dengar dan hayati. Itulah kekuatan program Halaqah yang sering mendapat maklum balas positif daripada penonton setiap kali bersiaran! Kini, program bual bicara terbaik Anugerah Skrin 2016 dan 2018 kembali dengan kupasan topik yang lebih […]

Hiburan Fri, 1 Mar 2019
error: Content is protected !!