Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 18, 2022 @ 11:23am

“Tak Mungkin Saya Bercinta Dengan Dia” – Shuib Akui Tak Sepadan Dengan DSV

Sebelum ini timbul gosip kononnya jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) tidak menolak sekiranya ditakdirkan bercinta dengan pelawak dan usahawan, Shuib memandangkan ciri-ciri lelaki idamannya itu dimiliki pengasas BubbleBee ini.

Bagaimanapun, lain pula ceritanya apabila Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, mendedahkan bahawa DSV bukanlah gerangan wanita yang sedang dikenalinya sekarang ini.

ARTIKEL BERKAITAN : “Saya Sedang Mengenali Seseorang Tapi…” – Ibu Bagi ‘Lampu Hijau’, Shuib Serah Urusan Jodoh Pada Allah

Mengakui selesa berkawan dan menjalinkan hubungan atas urusan perniagaan semata-mata, Shuib akui mengenali DSV sejak arwah Siti Sarah masih ada lagi.

“Vida bukanlah individu yang sedang saya berkawan sekarang. Walaupun ramai yang cuba meneka dengan menamakan beberapa individu lain tapi identitinya biarlah rahsia sebab kami masih dalam peringkat perkenalan.

“Sebenarnya saya dengan Vida sudah lama berkawan sejak arwah Siti Sarah masih ada lagi. Kami sama-sama berkolaborasi menjalankan perniagaan Unagi,” katanya.

“Tak mungkinlah saya akan bercinta dengannya…”

Menurut Shuib, dia mencari seseorang yang sederhana dan mampu menjaga anak-anaknya apatah lagi anak bongsunya Ayash Affan masih kecil.

“Tak mungkinlah saya akan bercinta dengannya. Lagipun kami berdua tak sepadan sebab dia memiliki pengaruh yang terlalu besar dan memiliki segala-galanya.

“Sementara saya mencari seseorang yang sederhana dan mampu menjaga anak-anak saya yang masih kecil sebaik mungkin.

“Kalau boleh soal jodoh ini saya tak mahu bercerita sangat sebab terlalu sensitif. Lagipun jodoh ini rahsia Allah. Saya boleh merancang dengan siapa yang saya nak berkawan tapi tak tahu adakah dia jodoh terbaik saya.

“Cuma andai satu hari saya terbuka hati untuk berkahwin, wanita ini perlu mendapat persetujuan daripada ibu dan anak-anak saya terlebih dahulu,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN : “Gaji RM10,000 & Bujang” – DSV Cari Lelaki Handsome Nak Dijadikan PA, Komen Shuib Curi Perhatian

ARTIKEL BERKAITAN : “Sebaknya! Sampai Dada Terasa Sesak…” – Shuib Kongsi Perbualan Terakhir Sarah Menerusi Lagu ‘Tinggalkan Diriku’

ARTIKEL BERKAITAN : Genap 100 Hari Pemergian Siti Sarah, Shuib Menangis Setiap Kali Terkenang Arwah

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Mar 2019
Featured Thu, 22 Dec 2022
Featured Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] “Video Dia Setahun Sekali, Kena Tunggu Tahun Depan” – Ramai Tertunggu-Tunggu Kemunculan Mira Filzah Di TikTok

Pelakon terkenal, Mira Filzah meraih perhatian warganet selepas tular sebuah videonya di TikTok, baru-baru ini. Menerusi hantaran berdurasi 34 saat itu, Mira sedang duduk sambil ‘lip sync’ menggunakan lagu berjudul Sure Thing nyanyian Miguel dengan […]

Featured Wed, 1 Feb 2023

“Antara Faktor Yang Menarik Minat Saya…” – Afifah Nasir Tak Mahu Bakal Suami Aktif Di Media Sosial

Hmm zaman ni susah nak cari pasangan yang tak guna media sosial kan?

Trending Thu, 19 May 2022

‘Vape’ Perisa Dadah, Lima Suspek Ditahan

Vape perisa dadah, lima individu ditahan.

Trending Sun, 2 Jun 2019

Sempat ‘Rakam’ Fenomena Ribut Petir Ini Di Kota Kinabalu

Cantiknya tapi menakutkan bila tahu ribut petir

error: Content is protected !!