“Tak Perlu Cari Publisiti Murahan & Kacau Orang Lain” – Sophia Albarakbah

Aktres cantik Sophia Albarakbah memaklumkan dia tidak mempunyai hak untuk memilih siapa pasangan yang akan digandingkan bersamanya dalam sesebuah naskhah.

Menurut Sophia, biarpun enggan lagi bergandingan dengan mana-mana aktor berstatus suami orang, dia tidak menolak rezeki  yang diberikan.

“Sebelum ini saya tak kisah sangat tapi makin lama makin banyak pula perkara yang tak manis. Lebih baik saya elak (berlakon dengan suami orang).

“Untuk kebaikan mental saya juga, dan untuk saya rasa lagi tenang, saya rasa lebih baik saya elakkan. Tapi dalam masa sama, saya tak mempunyai hak untuk memilih siapa yang akan digandingkan.

“Kita bekerja dalam industri ini, kalau ada pemikiran yang terlalu memilih atau tanggapan negatif terhadap seseorang pelakon melalui cakap-cakap orang itu sangat susah.

“Kalau rezeki saya untuk sesuatu watak itu dan digandingkan dengan sesiapa pun, saya terima saja kalau itu rezeki saya.

“Pada akhirnya, kerja kita adalah rezeki kita juga. Saya tak mahu terlalu memilih perihal itu,” katanya kepada XTRA.

Sophia ditemui ketika penggambaran filem Saka Perawan di Teratak Angah Chalet, Kemensah pada Isnin.

Tambah pelakon drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah ini lagi, dia bersyukur apabila rezeki dalam bidang lakonan semakin mencurah-curah.

“Rezeki semua datang dari Tuhan. Selagi saya ikhlas dan fokus saya untuk jadi pelakon, saya rasa Tuhan sentiasa bagi saya rezeki.

“Tak perlu nak cari publisiti murahan, tak payah kacau orang lain atau bercakap buruk tentang orang lain.

“Saya hanya mahu fokus pada karier saya. Selagi kita ada niat yang baik, banyak rezeki yang kita akan terima,” tutupnya.

Filem Saka Perawan adalah sebuah filem bergenre seram komedi arahan Dr Ahmad Idham Nadzri yang dibarisi pelakon dan pelawak hebat tanah air seperti Isyariana, Sophia Albarakbah, Nelissa Nizam, Afieq Shazwan, Datuk Fauziah Nawi, Azlee Senario, Mamak Puteh, Man Raja Lawak, Anne Abdullah dan ramai lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Khadijah Nafi Sophia Albarakbah Dipulaukan Rakan Artis – “Dia Orang Baik, Dia Ajak Saya Buat Benda Baik”

ARTIKEL BERKAITAN: “#DoneBeingTooNice” – Nama Sering Dilanda Kontroversi, Sophia Albarakbah Penat Jadi Terlalu Baik?

Khairil Khusyairi