“Tak Pernah Jumpa Lelaki Single Sweet, Financially Independent Ke Sampai…” – Isu Wanita Sondol Suami Orang, Ben Amir ‘Jual’ Diri?

Perkongsian terkini pelakon, Ben Amir mencuri perhatian ramai di media sosial berhubung isu segelintir wanita yang menyondol suami orang.

Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin memuat naik sebuah ciapan di Twitter miliknya membidas kenyataan seorang individu.

Individu tersebut membahas isu sondol suami wanita lain yang hangat diperkatan sejak akhir ini seakan telah menjadi trend masa kini.

“Dah jadi trend pula ramai yang suka dekat husband orang,” tulis netizen berkenaan.

Susulan itu, Ben membalas ciapan tersebut dengan menyebut ciri-ciri jejaka, namun rata-tata netizen menganggap aktor drama Sweet Dreams ini menghuraikan tentang dirinya.

Menurut Ben, dia meluahkan rasa musykil terhadap segelintir wanita yang tidak menjumpai jejaka single serta mempunyai kewangan serba serbi sempurna.

“Seriously korang tak pernah jumpa ke lelaki single yang financially independent, sweet, tinggi, polished, charming, pandai masak, fit, rambut cantik, bekerjaya, discipline, funny dan humble sampai nak suka dekat husband orang,” balasnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menganggap bahawa lelaki yang digambarkan oleh Ben itu sering menolak wanita kerana terlalu memilih.

Aqilah Paharuzi