Categories: Hiburan

TAKKANLAH SAMPAI TERPESONG KOT? – AERIL ZAFREL

Lagi isu kecam, apa pulak kali ni?

Semua sedia maklum bahawa, setelah beberapa keping gambar dimuat naik oleh pelakon ini, Aeril Zafrel sekali lagi dikecam netizen dan keyboard warrior kerana memuat naik video anaknya yang menyanyi sambil memegang pokok krismas. Walaupun ramai yang beranggapan Aeril Zafrel meletakkan pokok krismas itu didalam rumahnya, namun kenyataan itu sama sekali tidak betul dan dianggap sebagai tidak berasas.

Menurut Aeril, anaknya itu cuma menyanyi sambil memegang pokok krismas yang terdapat di sebuah hotel tempat mereka menginap sahaja.

“saya minta maaf ya, kalau disebabkan gambar anak saya bergambar dengan pokok krismas ini boleh terpesong dari agama. untuk pengetahuan pokok krismas itu bukan kat rumah saya. Pokok itu kami jumpa kat hotel tempat kami duduk.”

Aeril Zafrel telah melakukan permohonan maaf dilaman status instagram miliknya

Kalau dilihat diruangan comment Aeril, terdapat segelintir netizen menganggap bahawa, pelakon ini sudah terpesong dari agama kerana menyambut perayaan Hari Natal ini. Namun, peminat setianya juga tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepada Aeril berhubung isu ini sehingga timbul pula “perang komen” dilaman instagram beliau.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan telah dikurniakan 2 orang cahaya mata yang cukup sempurna iaitu, Ahmad Fakharuddin Attar, 4, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 2.

Kepada netizen mahupun keyboard warrior diluar sana, janganlah terlalu menghukum, ambil gambar bersama pokok krismas pada zaman ni kan normal? takkanlah sampai terpesong kot?

 

 

Salma Syahbuddin