Featured By: Aqilah Paharuzi August 22, 2023 @ 1:46pm

Tepis Dakwaan Sejak Kurus Kuat Bergelek, Fasha Sandha Bidas Netizen Mulut Celupar – “Lagi Malu Kalau Nampak Warak Tapi Munafik”

Pelakon versartil, Fasha Sandha membidas segelintir komen netizen yang mengkritik dirinya seakan ‘lupa daratan’ gara-gara kerap berkongsi video bergelek terutamanya selepas sudah kurus.

Menerusi hantaran di Instagram, aktres drama rantaian Rampas Cintaku ini memuat naik beberapa video lama memaparkan dirinya sedang menari ketika badannya berisi.

“Video membuktikan daripada zaman berisi atau bulat saya tetap berjoget, semalam ada beberapa komen mengatakan bila dah kurus terus berjoget.

Terima kasih sister diatas teguran. Cuma agak tersilap fakta nya. Seketul Fasha Sandha ni adalah manusia yang sentiasa happy dan enjoy, gemuk ke , berisi ke, saya tetap joget dan happy.

“Takde masa nak edit gambar atau edit video nak jadikan saya kurus dalam gambar mahupun video. Hihi,” ujarnya.

Dalam hantaran sama, isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu turut menyelar dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa ibu mentua Fasha malu apabila mempunyai menantu yang suka berjoget.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Jelasnya, tiada istilah malu ketika hanya menjadi diri sendiri, malah Fasha berkata lebih parah sekiranya hati manusia tidak bersih dan seorang munafik.

“Malu pada ibu mentua (MIL)? Kenapa? Sebab saya berjoget? Pada saya, TAK PERLU malu untuk jadi diri sendiri sister….

“Lagi malu kalau kelihatan warak dan baik, tapi bersifat ‘munafik’ dan hipokrit , juga selalu iri hati pada orang dan berhati tak bersih. Tiada siapa pun sempurna didunia ni sister, tiada siapa layak untuk judge sesiapapun.

“Saya tetap bahagia dan enjoy, dulu dan sekarang. Jadi fakta yang mengatakan saya berisi saya berbeza tu, tak tepat ye. Saya tetap sama,” tambahnya lagi.

Fasha Sandha

Sebelum ini, Fasha acap kali meraih perhatian netizen terutamanya selepas bentuk badannya semakin langsing dan tampak cantik seperti anak dara.

Artikel Berkaitan: Berat Badan Turun 18 Kilogram, Punca Fasha Sandha Makin Seksi?

Artikel Berkaitan: Hilang 18 Kilogram, Rupanya Teguran Penerbit Buat Fasha Sandha Nekad Kurus – “Saya Meraung, Takut Nak Makan Biskut Cicah Milo”

Artikel Berkaitan: Sempoi Naik Lori, Aliff Syukri Puji Fasha Sandha Artis Gred A & Humble! – “Sebab Tu Bertahan Sampai Sekarang”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 Apr 2024
Featured Mon, 6 Apr 2020

Mahu buat pastri Perancis di dapur sendiri? Ini caranya

Tak perlu ke sana untuk makan pastri enak ini

Hiburan Fri, 2 Nov 2018

BTS Dan Yuna Bakal Bergabung? Let’s Do It!

Tak sabar nak dengar lagu Yuna dan BTS kan? Sama-samalah kita tunguuuu…

Acara Fri, 19 Jun 2020

Dapatkan Huawei MatePad Pro hanya pada harga RM2,898 sempena Karnival  Huawei AppGallery

Ringan, kecil dan pelbagai spesfikasi berteknologi tinggi

Hiburan Sun, 3 Feb 2019

Sufian Suhaimi Bersanding Sorang Diri Di Pentas AJL 33

Alamak… belum move on lagi ke macam mana ni?

Hiburan Sun, 7 Jul 2019

‘Kalau Boleh Anak Perempuan Kali Ini’- Saharul Ridzuan

Insha Allah rezeki Tuhan tak kemana.