Terbaik! Ini Cara Kris Dayanti Bantu Mangsa Gempa Bumi Lombok

Diva terkenal Indonesia, Kris Dayanti telah melelong kasutnya dalam usaha membantu membuat kutipan buat mangsa gempa bumi di Lombok.

Penyanyi ini dilaporkan telah menyertai acara lelongan yang diadakan di Kranggan, Jawa Barat pada Jumaat lalu.

Difahamkan, penyanyi ini telah melelong sepasang kasut jenama Christian Louboutin miliknya pada harga 6 juta rupiah (RM1,600).

“Saya mahu melelong kasut yang dibuat di Itali ini, saya pernah memakainya beberapa kali sahaja sebelum ini,” kata Kris.

Selain kasut tersebut, penyanyi ini turut melelong beberapa pasang gaun kesayangannya yang pernah dipakai ke acara-acara besar di Indonesia.

Pelantun lagu Menghitung Hari itu memulakan karier nyanyian di Indonesia pada tahun 1987 dan masih berjaya mengekalkan popularitinya sehingga sekarang.

SGMS Faida