Bahan ‘Magik’ Dalam Produk Kosmetik Mungkin Racun Tanpa Sedar

Jaga- jaga sebelum terkena! Tak nafikan Hydroquinone merupakan bahan pemutih yang berkesan mencerahkan kulit namun jika digunakan tanpa pemantauan atau preskripsi doktor, buruk padahnya. 

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata manakala produk kosmetik yang dicampur palsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.

Penggunaannya untuk jangka masa pendek boleh menimbulkan reaksi kegatalan, kemerahan dan mengelupas pada kulit. 

Untuk jangka masa panjang pula, kulit anda mungkin berhadapan dengan masalah Ochronosis. Jadi elaklah sebelum timbul masalah sebegini ya?

Sekiranya digunakan dalam dos tinggi, ia berisiko menyebabkan kesesakan nafas dan serangan lelah. Dermatitis sentuhan juga bakal muncul sekiranya penggunaan Hydroquinone digunakan tanpa pantauan doktor. Awas, hati-hati dengan kandungan produk kosmetik anda ok?

Oh…sesiapa yang mempunyai stok produk itu dinasihatkan supaya menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta merta!

 

SGMS Faida