Sufian Suhaimi Dirisik Orang Seberang?

Selepas Zizan Razak, nampaknya seorang lagi penyanyi bakal mengorak langkah untuk masuk ke lapangan seni di Indonesia.

Penyanyi terkenal dengan lagu Di Matamu, Sufian Suhaimi memberitahu dia baru dirisik sebuah syarikat rakaman di negara itu.

Namun segalanya masih dalam peringkat perbincangan.

“ Saya amat tertunggu-tunggu untuk masuk ke pasaran Indonesia. Sekiranya perbincangan bersama pihak syarikat rakaman di sana lancar, ini mungkin peluang terbaik untuk saya memasuki pasaran sana,” katanya.

Klip video single Di Matamu antara menjadi faktor Sufian Suhaimi menjadi perhatian wakil dari Indonesia apabila muzik video berkenaan mendapat sebanyak 35 juta tontonan di YouTube dalam tempoh empat bulan.

Dalam masa sama, Sufian juga memaklumkan dia juga bakal berduet dengan artis baru dari Indonesia.

“Difahamkan, mereka mahu saya berduet dengan artis baru yang diputuskan pihak mereka.

“Saya juga berharap menerusi lagu duet itu nanti juga beri peluang untuk nama dikenali di Indonesia,” akhirinya.

Good Luck, Sufian Suhaimi! 

SGMS Faida