Terharu Pembantu Rumah Bawa Balik Pemuda OKU, Watie Luah Pendapat – “Bukan Darah Daging Tetap Boleh Sayang Anak Orang…”

Pempengaruh dan tunang kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah menyuarakan pendapatnya mengenai isu pembantu rumah bawa balik pemuda orang kurang upaya (OKU) selepas dibuang keluarga.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, dia terharu dengan tindakan pembantu rumah yang sanggup menjaga pemuda OKU itu.

Menurutnya, dia mendapat pengajaran bahawa keluarga sendiri boleh dilayan dengan buruk jika seseorang itu tidak memiliki hati yang baik.

“Di sini kita boleh belajar. Walau keluarga kandung, mak kandung, bapak kandung, anak kandung. Kalau dia punya hati yang tak baik, dia tetap akan layan darah daging dia dengan cara yang tak baik.

“Tapi kalau orang yang hatinya baik, walau dia hanya pembantu rumah sekalipun, bukan darah daging pun dia tetap boleh sayang anak orang dengan baik,” ujarnya.

Terdahulu, Watie mendapat pujian netizen kerana melayani anak-anak Allahyarham Siti Sarah dengan baik dan mempunyai ciri-ciri keibuan untuk memberi kasih sayang kepada mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Sopan & Cantik… Ada Ciri-Ciri Keibuan” – ‘Spend Time’ Dengan Ayash Affan, Netizen Puji Watie

Untuk rekod, Watie dan Shuib telah mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu dan pasangan ini mengumumkan bakal berkahwin pada 23 Jun ini.

Maya Basir