Disney In Concert: Live Your Dream Bakal Diadakan Di Genting Highlands!

Disney In Concert: Live Your Dream telah diadakan di Kuala Lumpur tekah berlangsung pada 6 Mei lalu. Kali ini, Disney In Concert: Tale as Old as Time bakal berlangsung pada 15 Julai 2023 di Arena of Stars, Genting Higlands.

Seramai 45 orang pemain muzik orkestra bakal hadir ke konsert tersebut bagi memeriahkan lagi suasana di sana.

Apa yang lebih menarik, empat orang penyanyi dari Amerika Syarikat akan membuat persembahan buat pertama kali di Genting Highlands.

Antara adegan animasi yang akan diadakan adalah seperti Disney popular seperti Encanto, Princess and the Frog, Hunchback of Notre Dame, Cars,Pocahontas, Frozen, Beauty and the Beast, Cinderella, The Little Mermaid, Tangled, The Lion King dan banyak lagi akan dipaparkan di skrin sambil ditemani suara lunak barisan penyanyi dan pemain muzik hebat.

Anda boleh mendapatkan tiket konsert ini dengan harga RM180, RM250, RM350 dan RM450 di rwgenting.com atau www.trip.com atau my.bookmyshow.com.

Nurul Hana