Terima Berita Adik Putus Cinta, Asyraf Khalid Luah Rasa Sedih

Selepas anak tiri penyanyi terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid mengumumkan dirinya kini kembali solo, nampaknya ramai warganet bersedih dengan berita perpisahan itu.

Sementara itu, abang kepada Aazief iaitu Asyraf Khalid meluahkan rasa sedih selepas mendapat tahu tentang hal ini.

“ Saya sedih bila dapat tahu Aazief dan Tyra tidak lagi bersama. Namum satu hal yang saya tahu, mereka membesar bersama malah akan tampil menjadi individu lebih baik selepas ini.

“ Saya tahu mereka akan kembali lebih kuat. Saya doakan yang terbaik untuk keduanya, @tyrakmrzm @aaziefkhalid. Love you guys,” tulisnya.

Tambah Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Khalid, dia bersyukur dapat mengenali Tyra dan dapat menjadi sebahagian dalam keluarga mereka.

“ Tyra, kami sangat bersyukur dapat menjadikan awak sebahagian daripada keluarga kami. Tyra memiliki masa depan cerah, mana-mana lelaki yang memiliki awak sangat bertuah. Fokus dengan masa depan, kejayaan untuk awak menanti di hadapan. Bangga atas kejayaan, Tyra,” tulisnya lagi di Instagram.

Aazief dan Tyra Kamaruzzaman antara pasangan popular di laman sosial. Mereka juga memiliki pengikut sendiri malah berjaya membina jenama produk kecantikan, BeuTYRA bersama.

Aazief menegaskan perpisahan ini juga bukan berpunca daripada kes curang seperti yang diperkatakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

SGMS Faida