“Terima Kasih Telah Mendukung Saya” – Akaun Instagram Tinggal Satu Gambar, DP Lenyap… Ada Apa Dengan Judika?

Penyanyi popular Indonesia, Judika menjadi sebutan ramai apabila media sosial Instagram miliknya kini hanya tinggal satu hantaran sahaja dan tidak mempunyai gambar profil.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Judika berkongsi sebuat hantaran tulisan berlatarbelakangkan warna hitam yang mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminatnya atas sokongan selama ini.

“Terima kasih telah mendukung saya selama ini,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya terkejut atas tindakannya itu serta mempunyai 1001 persoalan disebalik mesej sebenar yang ingin disampaikannya.

Namun begitu, segelintir netizen berpendapat bahawa tindakannya itu adalah salah satu marketing untuk merilis album atau mengumumkan konsert tidak lama lagi.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang respons daripada pihak Judika.

Aqilah Paharuzi