Terima Ugutan Bunuh Gara-Gara Bawa Watak Jahat, Syazwan Zulkifly Tidak Kisah – ” Itu Perkara Biasa”

Pelakon dan penyanyi, Syazwan Zulkifly antara pelakon yang sering membawakan watak-watak jahat dalam drama lakonannya namun, pelakon Saat kau Takluk Cinta Ini menganggap itu adalah watak ‘core’ untuk dirinya terus kekal relevan dalam industri.

Berkecimpung selama 10 tahun dalam dunia lakonan, Syazwan Zulkifli atau nama sebenarnya, Muhammad Syazwan bin Zulkifly, 34, mengakui watak ‘villain’ yang sering dipegangnya itu antara yang tidak disenangi penonton drama tempatan sehingga ada yang sanggup menghantar ugutan bunuh menerusi media sosial miliknya.

” Untuk sosial media itu perkara biasa. Tapi dekat luar alhamdulillah sebab saya selalu keluar shooting jadi tak adalah orang nak ugut bunuh kan, tapi memang kalau kat media sosial itu perkara biasa,” katanya.

Namun, ketika ditanya mengenai watak jahat yang mungkin akan dianggap stereotaip, Syazwan bagaimanapun menjelaskan bahawa, sememangnya ia adalah masalah terbesar beliau.

“Benda dan cabaran yang paling susah adalah part streotaip tu, sebab watak jahat adalah core saya dan saya sedaya upaya cuba untuk nampak lain dan saya very particular dari segi watak, pakaian, karakter, motivation.

“Tapi kalau watak jahat saya kena tengok demand apa karakter tu, kalau sama saya mungkin tak bawalah. tapi kalau kata benda tu lain saya kena cari kelainan dari watak-watak yang saya sebelum ni,” Jelasnya.

Terbaharu, Syazwan Zulkifly yang memegang watak Fakhril dalam drama popular Saat Kau Takluk Cinta Ini turut bergandingan bersama pelakon-pelakon hebat seperti Intan Najuwa, Idris Khan, Jasmin Hamid, Edika Yusof, Shakila Khoriri dan ramai lagi pelakon hebat.

Bukan itu sahaja, drama trending ini juga telahpun memasuki minggu akhir tayangannya, jadi kalau nak tahu kesudahan hubungan antara Haira Melissa dan Rahhal, jangan lupa saksikan di slot Samarinda pada jam 10 malam, setiap Isnin hingga Khamis okay!

 

Salma Syahbuddin