Hiburan By: Fatin Nurain September 4, 2023 @ 5:25pm

Terkejut Anak Pakai Baju Tidur Berlubang, Reaksi Eizlan Yusof Undang Tawa – “Esok Kita Borong Baju 1 Gudang”

Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof tampil mencuri perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat gelagatnya melayan kerenah anak bongsunya, Zaelynn Rosa.

Menerusi perkongsian di TikTok, Eizlan telah memuat naik video puteri bongsunya itu memakai baju tidur rompers yang terkoyak di bahagian ibu jari kaki.

Terkejut melihat pakaian anaknya itu, Eizlan terus menepuk dahinya dan berhasrat untuk membelikan baju baharu buat anaknya yang baru berusia 2 tahun itu.

“Ya Allah, adik. Kenapa dengan ni, kesiannyalah. Kesiannya anak daddy ni. Esok kita borong baju satu gudang nak?,” katanya.

@eizlanyusof nanti kita borong baju satu gudang ya 🤣 #BabyBoss #ZaelynnRosa #BabyGirl #MyPrecious mumy @sashaboudville ♬ Funny Song – Bruno Portinho Trilhas para filmes

Terhibur melihat reaksi pelakon itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang mencuit hati di ruangan komen.

Terdahulu, Eizlan telah mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama isterinya, Datin Seri Natasha Rosa Boudville, pada 12 Disember 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zaelynn Rosa.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 19 Jan 2018

黄明志再为四叶草打造洗脑歌 MV与台湾知名优管红人合作

大马网络红人Joyce四叶草推出首张专辑《我来自四叶草》,这次最新主打歌《莫名其妙爱上你》请来台湾优管红人(Youtuber)「这群人TGOP」和「重量级」合作拍MV,以校园纯爱剧情,一改红人搞怪形象,让MV一出街粉丝直夸“萌萌哒!”

Hiburan Wed, 16 May 2018

Mood Republik Teruskan Tradisi Hujan Duit

‘Hujan Duit’ & Mood Republik dikatakan bagai irama dan lagu bakal di teruskan tahun ini, betul ke?

Hiburan Mon, 26 Aug 2019

Lebih Selesa Begini…Tasha Shilla Tolak Kontroversi

Saya mengaku tidak fikir panjang dalam membuat kenyataan sehingga memakan diri.

Events Mon, 31 Dec 2018

Next Asian Pop Star Gin Lee to Hold Concert in Resorts World Genting

Don’t miss out on the chance to get tickets!

Featured Thu, 21 Sep 2023
Featured Tue, 17 May 2022