Terpaling Juara: Rahmad Mega, Kapten Hael Husaini Bergelar Juara!

Terpaling Juara akhirnya melabuhkan tirai selepas lapan minggu bersiaran dan menobatkan Rahmad Mega sebagai juara yang dipimpin oleh kapten Hael Husaini.

Rahmad membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi Terpaling Juara dan sekaligus menjadikan Hael Husaini kapten Terpaling Juara.

Rahmad menewaskan tiga peserta lain iaitu Shaz, Hazami dan Aqmal yang dipimpin oleh Kapten Hael Husaini, Akim dan Naim Daniel.

Pada malam ini, semua finalis membuat persembahan solo dan duet bersama kapten masing-masing.

Bersempena Maulidur Rasul, Rahmad berselawat ke atas Nabi dan menyatakan kesyukuran diatas kemenangannya serta mengakhiri ucapannya dengan nyanyian lagu Takdir dan Waktu oleh Mega.

Pada konsert akhir Terpaling Juara, persembahan peserta dinilai oleh juri tetap Datuk Hattan dan Fauziah Latiff serta Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai juri jemputan khas.

Juri memberi 70 peratus daripada markah keseluruhan, sementara baki 30 peratus markah mereka diperoleh daripada undian penonton melalui www.xtra.com.my/terpalingjuara.

Bersiaran secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Terpaling Juara diacarakan oleh Haziq Hussni dan Shiha Zikir.

Maya Basir