Teruja PU Riz Tamat Pengajian Di Peringkat Degree, Neelofa Beri Sorakan Yang Paling Kuat

Penceramah selebriti Haris Ismail atau lebih mesra dipanggil, PU Riz telah menamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua, semalam.

Menerusi video yang yang tular di TikTok, PU Riz yang kelihatan segak mengenakan jubah graduasi menerima sorakan yang kuat dari tetamu yang hadir sewaktu di majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).

“Tukang sorak paling happy ada kat situ 🤣😍,” tulisnya.

@seorangnur Tukang sorak paling happy ada kat situ 🤣😍 #neelofa #harisismail #neelofaharis #fyp #foryou #fypage #xyzbca #iiumconvo2022 ♬ origineel geluid – 🤙🏻🇧🇷

Dalam pada itu, Neelofa turut memuat naik Instagram Story dirinya yang teruja dan memberikan sorakan yang paling kuat ketika melihat suaminya mengambil skrol di atas pentas.

Selain mengucapkan tahniah, rata-rata warganet meluahkan rasa teruja apabila majlis konvokesyen tersebut dihadiri oleh pasangan itu di ruangan komen.

“Bestnya konvo ada Neelofa.

“Tahniah ustaz Haris.

“Lahh dia ada ke tadi? Hahaha siyes tak tahu. Duk jalan je tadi tengok orang convo.

“Mesti dlm hati Lofa cakap famous gak laki aku nie,” komen warganet.Penceramah selebriti Haris Ismail atau lebih mesra dipanggil, PU Riz telah menamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua, semalam.

Menerusi video yang yang tular di TikTok, PU Riz yang kelihatan segak mengenakan jubah graduasi menerima sorakan yang kuat dari tetamu yang hadir sewaktu di majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).

“Tukang sorak paling happy ada kat situ 🤣😍,” tulisnya.

Dalam pada itu, Neelofa turut memuat naik Instagram Story dirinya yang teruja dan memberikan sorakan yang paling kuat ketika melihat suaminya mengambil skrol di atas pentas.

Selain mengucapkan tahniah, rata-rata warganet meluahkan rasa teruja apabila majlis konvokesyen tersebut dihadiri oleh pasangan itu di ruangan komen.

“Bestnya konvo ada Neelofa.

“Tahniah ustaz Haris.

“Lahh dia ada ke tadi? Hahaha siyes tak tahu. Duk jalan je tadi tengok orang convo.

“Mesti dlm hati Lofa cakap famous gak laki aku nie,” komen warganet.

Fatin Nurain