“I’m Always Here For You” – Nabila Razali Beri Sokongan Buat Janna Nick

Biarpun status hubungan cintanya masih lagi menjadi tanda tanya dalam kalangan warganet, penyanyi Nabila Razali tetap tampil memberi sokongan buat aktres Janna Nick.

Menerusi perkongsian di TikTok, Nabila telah membuat cover lagu Mentari Setia yang pernah dinyanyikan oleh Janna sebelum ini.

Malah, Nabila turut memberi kata-kata semangat buat Janna di ruangan kapsyen.

“Not everybody will understand what you’ve been through. I’m always here for you baby girl. 🥺 @jannanick,” tulisnya.

@nabila.razaliiNot everybody will understand what you’ve been through. I’m always here for you baby girl. 🥺 @jannanick♬ original sound – Nabila Razali

Hasil tinjauan di ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons daripada peminatnya.

Terdahulu, Janna dianggap ‘annoying’ dan ditegur oleh netizen agar tidak memuat naik hantaran berkaitan kisah putus cintanya itu kepada umum.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Tuduh Janna Nick Annoying Selepas Hubungan Cinta Didakwa Berakhir, Ini Jawapan Empunya Badan -“Minta Maaf, Saya Tak Cukup Matang & Kuat”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Kepada Kamu, Moga Berbahagia… Kini Cinta Kita Telah Berakhir, Selamanya” – Status Janna Nick Jadi Perhatian, Ramai Dakwa Putus Cinta Dengan Dini Schatzmann?

 

Fatin Nurain