‘ Tolong Henti Fitnah Saya’- Aliff Aziz Nafi Pegang Tangan Oktovia

Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz memohon agar pihak tertentu berhenti memfitnahnya dengan informasi yang tidak berasas.

Ini susulan kenyataan seorang wanita yang menyebarkan fitnah mendakwa dia dengan Oktovia Manrose berpegangan tangan di sebuah pasar raya.

Aliff, 27, berkata, tohmahan yang memburukkan lagi situasi itu tidak berasas. Ini kerana, dakwa Aliff, dia tidak berada di lokasi dimaksudkan, sebaliknya di Singapura.

“Kepada individu yang memfitnah mendakwa saya dan Oktovia berada di sebuah pasar raya, sila hentikan sebaran fitnah awak.

“Saya berada di Singapura sejak dua hari lalu untuk bertemu keluarga. Sebelum mana-mana pihak mengambil tindakan fitnah tidak berbatas ini, tolong hentikannya,” katanya.

Aliff meluahkan kekesalan itu melalui Instagram (IG) Story awal pagi tadi selepas gosip yang disebarkan wanita berkenaan mula diperkatakan netizen.

Dalam status yang dimuat naik di Facebook, individu terbabit mendakwa Aliff dan Oktovia berpegangan tangan di sebuah pasar raya di Kelana Jaya, Petaling Jaya, namun, dia tidak sempat mengambil gambar sebagai bukti.

Minggu lalu, Bella Astillah mendedahkan Aliff keluar berhibur hingga awal pagi dengan Oktovia yang juga gandingannya dalam telefilem, Dosa Itu Bukan Miliknya.- BH Online. 

SGMS Faida