“Tolong ‘Stop’ Guna Nama Saya!” – Anak Azhar Sulaiman ‘Muak’ Terima Kecaman Setiap Hari Gara-Gara…

Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona sedar dengan kata-kata kecaman yang dilemparkan kepadanya setiap hari.

Semuanya gara-gara penampilan seksi yang sering dipaparkan oleh dirinya di laman sosial.

Malah, tindakannya memakai ‘swimsuit’ baru-baru ini juga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN:“Seriuslah Dia Pakai Macam Tu?” – Swimsuit Leona Jadi Bualan Netizen

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Seperti Kaza & Normah Damanhuri…” – Dikecam Tak Pandai Didik Anak, Azhar Sulaiman Hanya Mampu Titip Doa

Sedar dengan perkara tersebut, Leona berkongsi beberapa ciapan di Twitter miliknya, memohon agar mana-mana pihak terutamanya media supaya tidak menggunakan dirinya sebagai ‘clickbait’.

Bagaimanapun, menerusi tinjauan terkini di akaun media sosial milik gadis berusia 20 tahun itu, dia dilihat sekali lagi tampil dengan aksi menyanyi lip sync di TikTok sehingga menampakkan bahagian dadanya.

Tindakannya yang dilihat seolah-olah menunduk seperti sengaja mahu menunjukkan ‘lurah’ itu turut dipersoalkan oleh pengikutnya.

Netizen meninggalkan pendapat dengan mengatakan Leona boleh sahaja menggunakan timer untuk merekod masa merakam dan tidak perlu menekan butang ‘start’ ataupun ‘stop’.

Salma Syahbuddin