Categories: HiburanSelebriti

Tonton Kini Lebih Xtra

 semalam berlangsungnya majlis pelancaran portal terbaharu, XTRA.COM. Selepas kejayaan saluran Tonton mencapai 7.4 juta pengguna, Media Prima kini mengorak langkah dengan sebuah portal berbentuk hiburan dan gaya hidup!

Bertempat di Zouk Club Kuala Lumpur, majlis pelancaran XTRA turut diserikan dengan kehadiran selebriti terkenal antaranya Ayda Jebat, Redza Rosli, Thomas Jack, Farah Nabilah dan ramai lagi.

So lepasni kalau anda nak tahu update mengenai dunia hiburan, berita viral, gaya hidup dan teknologi, jom layari portal xtra.com.my. Yang penting, portal ni tak ‘hidangkan’ gosip murahan okay. Hehe.  

Dalam pada itu, saluran Tonton kini berkolaborasi dengan pembekal kandungan Hypp TV, dimsum, iflix, Eros dan tidak ketinggalan syarikat telekomunikasi gergasi, DiGi. Nampaknya, penonton akan dibekalkan dengan kandungan siaran lebih meluas!

Anda kini boleh terus menonton program berbahasa Cina, Korea, Thailand dan Bollywood tanpa henti. Jika anda adalah pelanggan Digi, bayaran serendah RM 5 sahaja akan dikenakan untuk tontonan sehingga 5GB tanpa had. Langganan boleh dilakukan bermula 1 Januari 2018. 

Dalam satu kenyataan media, Pengarah Tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Airin Zainul memberitahu saluran Tonton amat positif dalam mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

“ Kami akan terus menyajikan kandungan rancangam berdefinisi tinggi (HD) kepada para pelanggan. Tonton mahu terus kekalkan reputasi sebagai penyedia perkhidmatan penstriman video tempatan nombor 1 di Malaysia serta di seluruh rantau kelak,” jelasnya. 

So guys, keep on supporting xtra.com.my dan saluran Tonton. Pakej tonton VIP menawarkan akses tanpa had selama 30,000 jam kandungan hiburan dan pengalaman video bebas iklan. Syoknya!

SGMS Enal