Tular Foto Bertemu Keluarga, Da’i Syed, Hana Ismail Jelas Dalam Proses Kenal Hati Budi – “Tak Ada Masalah Untuk Ke Fasa…”

Susulan tular foto bertemu keluarga, pendakwah selebriti, Dai Syed tampil memberi penjelasan mengenai status hubungannya dengan pengacara stesen televisyen swasta, Hana Ismail.

Memetik laporan mStar, Syed meminta untuk orang ramai mendoakan segalan urusannya dipermudah dan tidak kisah bagaimana orang mahu menilai hubungan mereka.

Namun, Syed enggan mengulas lanjut mengenai hubungan tersebut kerana risau apa yang dirancang tiba-tiba berlaku sebaliknya.

“Terpulanglah pendapat orang ramai hendak menilai hubungan kami. Saya hanya minta doakan yang terbaik agar dipermudahkan segala urusan.

“Buat masa sekarang saya tidak boleh bercakap lanjut lagi. Takut nanti apa yang dirancang tidak menjadi. Jika ada berita baik kea rah hubungan yang lebih serius saya akan beritahu,” jelasnya kepada mStar.

Ditanya mengenai foto yang tular, Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal, 27, memaklumkan bahawa pertemuan tersebut hanya sekadar mengenali antara satu sama lain.

“Majlis itu adalah pertemuan antara dua keluarga untuk kenal lebih lanjut. Keluarga juga tidak ada masalah untuk kami melangkah ke fasa seterusnya,” katanya.

Malah, Syed turut menyatakan bahawa dia kini bersedia untuk pikul tanggunjawab sebagai seorang suami namun mereka masih berkenalan dan mengenal hati budi masing-masing.

“Insya-Allah saya sudah bersedia untuk kahwin, Biarlah kami berkenalan dahulu. Kalau sudah confirm nanti pasti saya akan kongsikan,” katanya lagi.

Sumber: mStar

Atiqah Johari