Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi July 20, 2022 @ 8:35pm

Tular Orang Awam Dakwa Jumpa Zalina Azman, Pihak Polis Sahkan Tiada Sebarang Laporan Dibuat

Sebuah ciapan heboh di media sosial Twitter yang telah mendakwa seorang wanita mirip bekas personaliti TV3, Zalina Azman hadir ke restorannya di Shah Alam dalam keadaan sangat kusut. 

Ciapan yang dimuat naik oleh pengguna Twitter menceritakan semula detik penemuan bekas penyampai berita itu mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Dalam pada itu, memetik laporan Harian Metro, pihak polis telah mengesahkan tiada laporan polis diterima berhubung penemuan Zalina seperti didakwa orang awam di sekitar Shah Alam.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada individu yang membuat dakwaan berkenaan.

“Pihak polis tidak menerima sebarang laporan polis oleh orang awam selepas hebahan dibuat,” katanya dalam kenyataan ringkas kepada media.

Terdahulu, pengacara program terkenal Money Matters itu dilaporkan hilang semenjak November tahun lalu.

Semenjak berita kehilangan Zalina dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, ramai orang awam yang mendakwa terjumpa dengan wanita mirip Zalina di beberapa lokasi dalam keadaan tidak sihat.

Artikel Berkaitan: Bekas Personaliti TV3, Zalina Azman Dilaporkan Hilang Sejak November 2021

Sementara itu, persoalan orang ramai yang mempertikaikan mengapa berita berkenaan dihebohkan hanya selepas lapan bulan kehilangan hos tersebut akhirnya terjawab, difahamkan pihak polis menjelaskan bahawa ada beberapa prosedur yang harus dilakukan,

Artikel Berkaitan: Lambat Hebah Kehilangan Zalina Azman, Ini Respons Pihak Polis – “Tiada Rekod Pergerakan Ke…”

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 4 Dec 2018
Hiburan Sat, 16 Nov 2024

“Lagu ‘Gen Z’ Tak Cukup Kuat Untuk Bersaing Di Pentas AJL 39” – Edry Abdul Halim

Edry berpendapat karya-karta Gen Z terlalu santai, tiada daya saing dan sukar bertanding dalam AJL 39

Featured Wed, 18 Mar 2020

Perintah Kawalan Pergerakan mungkin dilanjutkan

Kerjasama setiap rakyat dapat kekang penularan COVID-19

Hiburan Wed, 3 Oct 2018
Hiburan Wed, 23 Aug 2023
Hiburan Sat, 10 Sep 2022
Featured Tue, 2 Dec 2025

Mimi Fly Respons Isu Penarikan MV Dolla – “Apa Yang Berlaku Mematangkan Diri”

Kata Mimi, insiden itu sebenarnya membuka ruang untuk semua pihak menjadi lebih matang dan sensitif dalam berkarya.

#BabyXTRA Fri, 16 Jun 2023
error: Content is protected !!