Hiburan By: Del14 November 14, 2019 @ 8:20pm

“Tunggu 2 Disember!” – Datuk Seri Eizlan Yusof

Baru-baru ini ada desas desus yang pelakon dan penerbit, Datuk Seri Eizlan Yusof bakal menamatkan zaman dudanya tidak lama lagi. Namun demikian, Eizlan memohon semua pihak untuk menunggu jawapannya sewaktu sidang media yang akan diadakan pada 2 Disember nanti. 

“Macam mana hendak komen sedangkan nanti akan ada sidang media. Pengurus saya sedang sibuk menguruskan perkara itu.

“Sama ada betul atau tidak berita saya bakal bernikah, semua itu akan terjawab pada sidang media berkenaan,” jelas Eizlan kepada BH Online semasa dihubungi melalui aplikasi Whatsapp.

Memetik laporan portal tersebut, Ahad lalu ruangan pojok sebuah akhbar mendedahkan bahawa Eizlan bakal berkahwin dalam satu majlis gilang-gemilang bulan depan dan dikatakan bakal mendapat tajaan bernilai 2 juta tapi nampaknya kenalah tunggu 2 Disember nanti untuk tuan punya badan menjawab spekulasi tersebut. 

Terdahulu Eizlan pernah berkahwin dengan usahawan, Vie Shanti Khan (33) dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Vie Zaara (11), Zareef Yusof (9) dan Vie Zalia (6).

Walau bagaimanapun, rumahtangga mereka gagal dipertahankan dan mereka telah bercerai pada 2015. 

Kalau betul spekulasi tentang perkahwinan yang dikatakan bakal menjadi ‘wedding of the year’ ini, team Xtra hanya mendoakan yang baik-baik sahaja buat Eizlan dan pasangannya. Semoga semuanya dipermudahkan…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 23 Sep 2022
Hiburan Wed, 22 Sep 2021

Bersalin Seminggu Awal, Ayda Jebat Selamat Lahirkan Baby Girl

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat selamat menimang cahaya mata perempuan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada jam 7.07 malam semalam. Suami Ayda, pengacara Nabil Mahir memaklumkan berita gembira itu kepada Harian

Hiburan Sun, 9 Sep 2018

Selami Kehidupan Asnaf Dalam Akil Dan Juan

Shukri Yahaya turut mengundang rakan-rakan pelakon Zarina Zainuddin dan Syazwan Zulkifli untuk sama-sama meringankan beban golongan asnaf. Jangan lupa terus tonton di TV3 pada 15 September ini ok!

Hiburan Thu, 14 Nov 2019

Zahiril Adzim Kecewa Dengan Siapa Tu?

Masing-masing ada hak untuk bersuara kan?

Hiburan Thu, 28 Jun 2018

鍾瑾桦5位数加盟环球音乐「找准定位再谈奖项」

Alvin鍾瑾桦5位数加盟大马环球音乐,全经纪约发展空间大,横跨多领域成全能艺人!对于奖项他直言不抱期望,只要找准定位、充实自己,当做好自己时,自然会有人认同。

Hiburan Fri, 25 Mar 2022

Disyaki Terlibat Kes Dadah, Penyanyi Nasyid Ditahan

Penyanyi nasyid itu ditahan di di Kota Damansara.

Events Wed, 29 May 2019

郭晓东被催婚回答后秒变脸!

八度空间《学霸》6月2日启播!主持人郭晓东发布会上被催婚,谁料他在回答主持人后秒变脸。

Featured Tue, 28 Mar 2023

| Live TV

error: Content is protected !!