Hiburan By: Khairil Khusyairi December 13, 2023 @ 8:10pm

Uk’s & Slam Bergabung! Bakal Gegarkan Stadium Malawati Februari Depan

Melangkaui tiga dekad pembabitan dalam dunia muzik tanah air, dua kumpulan muzik pop rock legenda, UK’s dan Slam buat pertama kalinya dalam sejarah bakal digabungkan di atas satu pentas.

Dalam satu persembahan yang sama (gabungan), akan membawa peminat-peminat khayal dan menghayati alunan lagu dan muzik sambil mengimbau kembali nostalgia bersama dalam Concert UK’SLAM Musical yang akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam bermula jam 8;45 malam pada 3 Februari 2024.

Kumpulan UK’s yang diterajui Mod Azmir Muhammad Yusuf @, Amir sebagai vokalis bersama Rozdenil Toni (gitar), dan turut dianggotai Mohamad Saleh Mohd Alias (bass), Amiruddin Shariff (drum) dan turut menampilkan Mustafa Kamal Ahmad @, Mus Satira (gitar), pemain sessionis asal dalam rakaman album kumpulan Uk’s.

Manakala kumpulan Slam diterajui Shah Nizam Abdul Halim @ Shah (gitar) bersama Zamani Ibrahin sebagai vokalis, Eddie Ahmad (keyboard), Nor Azli Masrani (bass) dan Othman Khalid (drum).

UK’s dan Slam menyifatkan, lamaran untuk mereka bergabung dalam satu persembahan di satu pentas yang sama merupakan satu kelainan dalam sejarah penglibatan karier mereka dalam mengadakan konsert.

Peluang yang diberikan in dianggap sesuatu yang tidak terduga dan sukar untuk dilepaskan sebagai pemuzik dan anak seni.

Konsep persembahan ini akan dibahagikan kepada beberapa segmen yang mempunyai nilai sentimental.

Antara elemen yang akan diketengahkan di antara persembahan daripada setiap segmen ke segmen yang lain akan disulami dengan susunan gabungan audio visual secara muzikal.

‘Magis’ yang akan ditonjolkan bagi persembahan kali ini adalah ‘gabungan duet’ antara kedua-dua kumpulan ini melalui lagu dan muzik yang akan dimulai dengan susunan irama akustik.

“Gabungan duet’ antara kedua-dua kumpulan ini seterusnya akan membawa kepada persembahan yang lebih bertenaga dan energetik menerusi segmen yang akan membawa para peminat UK’SLAM bergabung menjadi satu untuk bersama-sama menyanyikan keseluruhan irama lagu hingga ke akhir persembahan.

Tiket bermula dengan harga serendah RM108 hingga RM588 dan boleh didapati dengan melayari laman sesawang www.ilassotickets.com atau hubungi 01113297822.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Wed, 24 May 2023

Maryam Durian Kimchi Keguguran Anak Kedua – “Kami Percaya Dengan Takdir & Perancangan Allah…”

Allahuakbar… berat ujian Ryzal dan Maryam 😢😢 Insya-Allah, ada rezeki lain suatu hari nanti ❤️

Featured Sun, 17 Oct 2021

“Alhamdulillah”- Berat Badan Naik 15 KG, Elyana Kongsi Perkembangan Terkini

Umum maklum keadaan penyanyi Elyana yang menghidap kanser limfoma sejak dua tahun lalu. Perkembangan kesihatan Elyana kini dilihat semakin memberangsangkan dan menunjukkan tanda tanda positif. Menurut Elyana, setelah selesai menjalani rawatan kemoterapi sesi kedua sejak […]

Featured Mon, 29 May 2023
Trending Wed, 14 Mar 2018

Hanya Kerana Salah Mesej Hantar, Hidup Terus …

Hanya kerana salah hantar mesej, kanak-kanak ini mendapat satu perkhabaran gembira,

Trending Hari Ini Fri, 26 Jun 2020
Hiburan Wed, 26 Sep 2018

Lirik ‘Tak Perlu Ungkapkan’ Tiada Kaitan Dengan Hidup Qaidzul

Kata Qaidzul, lagu ini tiada mengena dengan pengalaman saya tetapi saya yakin pasti ramai lelaki yang pernah melalui keadaan sedemikian. Betul ke tu? Hehe

Hiburan Mon, 11 Mar 2024
Trending Hari Ini Thu, 9 May 2019

Bangga Bila Berpuasa, Tapi Hakikatnya Solat Diringan-ringankan?

Raihlah keberkatan di bulan ramadan dengan perbanyakkan solat dan doa!