Categories: HiburanTrending

Untungnya! Janna Nick Terima ‘Gold Bar’ Dari Mawar Rashid Sempena Hadiah Hari Jadi

Pelakon Mawar Rashid tampil berkongsi momen dirinya menyambut ulang tahun kelahiran aktres Janna Nick bersama beberapa rakan artis yang lain, baru-baru ini.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Mawar menerusi sebuah hantaran di TikTok.

Malah, Mawar turut berkongsi suasana ketika dirinya meminta Janna memilih hadiah yang ingin dimilikinya sempena ulang tahun kelahiran yang ke-28 tahun.

“Janna pilih, mana satu Janna nak,” kata Mawar.

Teruja dengan hadiah pemberian Mawar, Janna berjaya memiliki ‘gold bar’ atau jongkong emas seberat 3.5 gram.

“ada pilih-pilih. Gold bar 1.5 gram dan 2 gram. Thank you,” kata Janna.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum dan terharu melihat keakraban mereka.

@mawarashidHB Janna syg. Cuba teka Mawar nak bg kat sape emas 1.5g tu?♬ original sound – mawarashid
Fatin Nurain