Tiara Andini Beri Kejutan Tampil Dengan Single Terbaru Berjudul ‘Tega’

Penyanyi Tiara Andini memberi kejutan kepada peminatnya dengan dengan mengeluarkan single terbaru bertajuk ‘Tega’ tanpa sebarang pengumuman rasmi berhubung penerbitan lagu baharu ini.

Tiara sengaja tidak memberi sebanrang berita mengenai single ini di sosial media kerana ingin memberi kejutan istimewa kepada peminatnya.

“Tiada sebab apa pun, saya cuma mahu ini dikeluarkan tanpa sebarang pemberitahuan atau pra-keluaran. Jadi ia benar-benar mengejut,” kata Tiara.

‘Tega’ merupakan hasil ciptaan Tiara sendiri dengan kerjasama Andmesh Kamaleng yang membawa genre pop balada dan mengisahkan tentang kesedihan sebuah kisah cinta.

Lagu ini sangat sedih, ceritanya mengisahkan tentang seorang yang ditipu pasangannya, dan akhirnya memilih untuk berpisah,” katanya lagi.

Menariknya, Tiara sendiri mengakui mengalami kesukaran dalam membawa lagu ciptaannya sendiri kerana terdapat beberapa bilangan not tinggi yang menjadi satu halangan yang dihadapinya dalam proses rakaman.

Menerusi single ‘Tega’ ini, Tiara Andini berharap dapat didengari dan dinikmati ramai orang, serta dapat mewakili perasaan mereka yang terluka dengan situasi yang sama dalam lagu ini.

“Semoga ramai yang suka dan mendengarnya, dan juga pada mereka yang mengaitkan lagu itu diharapkan jumpa penyelesaian terbaik dalam situasi yang dialami,” ujar Tiara.

Single Tega boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 2 jun 2023, muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Tiara Adini.

Nurul Hana