Categories: HiburanSelebriti

Uqasha Senrose DiKritik Lagi Kerana Gambar di Instagram

Uqasha Senrose ada berkongsi beberapa gambar di Instagram, tetapi apa yang menarik perhatian adalah baju yang dikenakan itu agak ketat di bahagian payudara hingga menonjolkan bahagian tersebut. Teruk juga Uqasha dikritik hingga mendapat puluhan ribu komen pada gambar itu.

Difahamkan gambar itu dimuat naik semalam di Instagram bagi memberi kredit kepada juru mekap dan pereka baju. Tetapi sebaliknya mendapat kecaman apabila gambar tersebut lebih menampakkan tubuh badannya yang montok hingga ada yang berpendapat Uqasha inginkan perhatian.

Malah ada juga yang merasakan tindakan Uqasha membuka tudung suatu ketika dulu kerana ingin berpakaian bebas seperti ini. Melihatkan gambar seumpama ini memang tidak semua berfikiran positif, ada yang memerli Uqasha supaya simpan sedikit asetnya untuk tatapan bakal suami.

SGMS Enal