Usia 60 Tahun Bukan Penghalang, Amy Search Dapat Anak Lagi?

Phewitttt!

Itu antara trademark yang tak mungkin hilang dalam fikiran peminat lagenda rock terkenal Amy Search bukan?

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman telah mengumumkan berita gembira melalui laman instagram miliknya apabila isterinya @qasander mengandung lagi.

“Isteri aku mengandung sebulan yeah!!! Aku selalu doa bila umur aku 60 tahun nak timang anak lagi. Korang semua doakan moga aku berjaya…”

 

Amy dan pasangannya, Norish telah mendirikan rumah tangga pada Oktober 2003 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 14,  Sania Samara, 13 dan Qaqa At-Tameemi, 9.
Salma Syahbuddin