Usik Ruhainies Dengan Gelaran Penyondol, Netizen Minta Janna Nick Tak Perlu ‘Try Hard’ Nak Hiburkan Penonton?

Pelakon dan pengacara Janna Nick sekali lagi menerima kecaman netizen semasa mengacarakan program Famili Duo musim ketiga.

Menerusi siaran langsung program tersebut, Janna memetik nama pelakon Ruhainies yang hadir bagi mempromosikan produk penaja pada malam itu dengan gelaran penyondol.

“Cantik malam ini. Datang sini untuk apa, nak menyondol sesiapa ke?” katanya ketika sesi wawancara bersama pelakon drama Bintang itu.

Malah, Janna yang mengacarakan program pertandingan realiti itu bersama Izzue Islam dilihat selamba mengusik pengasas produk yang diwakili Ruhainies.

“Ini skandal Ruhainies ke?,” ujar Janna bersahaja merujuk kepada lelaki yang duduk di sebelah aktres tersebut.

Meskipun hanya berseloroh, menerusi platfom X, rata-rata penonton meluahkan rasa tidak puas hati dengan penyampaian Janna yang disifatkan kasar itu tidak sesuai bagi tontonan seisi keluarga dan kanak-kanak.

“Annoying Janna jadi pengacara. Jangan try hard untuk jadi pengacara yang menghiburkan dengan kata-kata kurang sesuai.

“Contohnya tadi penyondol. Program Famili Duo untuk tontonan umum, bukan tontonan geng memondan,” komen netizen.

Maya Basir