V BTS Tak Sengaja Follow Jennie BLACKPINK Di Instagram, Ramai Peminat Kecewa & Marah.. Sampai Ada Yang Kecam!

Baru-baru ini, ahli kumpulan K-Pop popular BTS telah mula membuka akaun Instagram individu mereka.

Belum sampai seminggu, sudah berlaku kontroversi apabila salah seorang dari ahli BTS, V mengikuti Jennie dari kumpulan BLACKPINK.

Seperti ahli-ahli BTS yang lain, V hanya mengikuti akaun Instagram ahlinya serta akaun rasmi BTS tetapi apa yang membuatkan peminat tidak tentu arah apabila ada yang dapat mengesan V juga telah mengikuti Jennie di Instagram.

Ini telah membuatkan ramai peminat V kecewa, mengecam dan bertindak dengan menghamburkan kemarahan mereka kepada Jennie.

Ramai peminat menyangka V dan Jennie mempunyai hubungan serta menuduh Jennie menggunakan populariti BTS sebagai batu loncatan untuk dia lebih popular.

V menerusi Weverse bagaimanapun menjelaskan dia tidak sengaja tertekan butang ‘follow’ di ruangan akaun cadangan di Instagram semasa akaun Jennie dicadangkan.

Memetik laporan Allkpop, selepas V tertekan butang terbabit, dia menekan butang ‘unfollow’ tetapi tindakannya itu tidak begitu pantas kerana ada peminat yang memerhatikan dan menyebarkan kejadian itu di laman sosial.

Selepas V memaklumkan kejadian itu adalah tidak disengajakan, masih ada lagi peminat yang tidak rasional meninggalkan komen-komen kebencian dan ugutan kepada Jennie.

Namun, ramai juga peminat di Korea Selatan yang berasa kasihan terhadap Jennie telah bersatu di internet untuk meluahkan rasa simpati mereka.

“Saya rasa kesian. Jennie tak buat apa-apa pun tapi kena serang dengan peminat BTS yang tuduh dia mahukan perhatian,” komen salah seorang daripada mereka.

Peminat Jennie juga pantas bertindak dengan memberikan komen-komen sokongan kepada Jennie di ruangan komen Instagram miliknya.

Kini, ruangan komen penyanyi berusia 25 tahun itu penuh dengan komen seperti “Saya sayang awak” dan emoji hati menenggelamkan komen-komen kebencian yang ditinggalkan sebelum ini.

Walaupun belum sampai lima hari membuka akaun Instagram, V sudah mempunyai sebanyak 22.9 juta pengikut.

Arfah