[VIDEO] Adi Putra & Johan As’ari Turun Berkempen Curi Tumpuan – “Swipe Halal Version”

Umum mengetahui, pelakon Datuk Adi Putra sebelum ini dilaporkan akan turun padang membantu kempen Barisan Nasional (BN) di setiap negeri menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kini, pelakon utama Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu dilihat sedang aktif berkempen bagi membantu jentera parti berkenaan di sesebuah negeri.

Namun, perkongsian terkini Adi berkempen mendapat perhatian apabila pelakon Johan As’ari turut turun berkempen bersama bagi membantu calon di sebuah parlimen.

Menerusi perkongsian di Instagram, Adi memuat naik sebuah hantaran berbentuk video yang memaparkan dia dan Johan sedang bergambar bersama calon Barisan Nasional (BN).

“Salam Jumaat dari kami,” tulis Adi.

Apa yang menarik perhatian warganet adalah perkongsian yang dimuat naik Adi itu telah menggunakan lagu latar Swipe tetapi yang diubah liriknya.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian Adi itu telah meraih lebih 12,000 tontonan dan lebih 1,000 tanda suka di laman Instagram.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut meluahkan rasa teruja dengan perkongsian tersebut malah ada yang berseloroh mengatakan lagu latar tersebut adalah versi islamik.

Khairil Khusyairi