“Saya Tak Suka Tengok Diri Sendiri, Tak Nak Makan” – Emosi Diana Danielle Terganggu Sewaktu…

Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle mendedahkan pernah mengalami fasa dimana emosinya terganggu sehingga hilang keyakinan diri.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, sewaktu remaja, dia pernah tidak bersekolah selama setahun gara-gara ibunya jatuh sakit.

“Mengimbau kembali, waktu remaja adalah yang paling sukar. Ibu saya jatuh sakit, saya tidak bersekolah selama setahun kerana berpindah ke Pulau Pinang untuk merawatnya.

“Ibu saya mengalami tekanan sehingga emosi saya turut terganggu. Saya takut kehilangan dia.

Menurutnya, setelah setahun tidak bersekolah, dia hilang keyakinan dengan penampilannya dan sering mengkritik diri sendiri.

“Selepas saya kembali semula ke sekolah, saya mula tidak suka dengan rupa saya. Saya rasa tiada siapa yang peduli kalau saya sedih atau gembira.

“Saya mula tak makan sebab nak turunkan berat badan, pakai krim kurus dan alami anorexia.

“Saya tak makan dan bandingkan diri dengan model-model majalah. Semua tak jalan,” tulisnya.

Namun, disebabkan pengalaman pahit tersebut, pelakon Camelia ini bangkit dan mula menyayangi dirinya.

“Hari-hari tu rasa macam dah berjuta tahun berlalu, tapi perkara tu banyak menyedarkan saya tentang diri saya sekarang.

“Saya teruskan berjuang dan tidak membenarkan hati beritahu yang saya tak cukup bagus. Sebab saya cukup,” ujarnya.

Maya Basir