[VIDEO] Aedy Ashraf Kongsi Sweet Moments Bersama Amelia Henderson Di France, Rakan Selebriti Seru Cepat Kahwin! – “Jangan Tunggu Lama Please!”

Pasangan pelakon, Aedy Ashraf dan Amelia Henderson mencuri perhatian ramai yang tertumpu kepada momen-momen manis mereka sepanjang berada di negara terkemuka, France.

Aktor drama rantaian Kisah Cinta Kita itu berkongsi sebuah video di Instagram memaparkan memori indahnya bersama kekasih hati ketika berada di Festival Filem Cannes 2023.

Menjengah ke ruangan komen, rakan selebriti iaitu Nabila Huda memuji kecantikan Amelia dan meminta Aedy untuk cepat mengikat tali perkahwinan bersama kekasihnya itu.

Sementara itu, pelakon, Ben Ali turut meninggalkan komen dengan berkata pasangan ini seronok sedang berbulan madu.

Sebelum ini, Aedy mengakui dia mengambil berat dan serius terhadap hubungan cintanya bersama Amelia yang mula mekar selepas bergandingan dalam drama Kisah Cinta Kita.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih sebanyak 164,000 tontonan, 17,000 tanda suka dan lebih 300 komen.

Aqilah Paharuzi