Featured By: Maya Basir January 9, 2023 @ 4:03pm

[VIDEO] Aksi Nabila Huda Tolak Ummi Nazeera Buat Netizen Teruja – “Nampak Real!”

Pelakon hebat, Ummi Nazeera dan Nabila Huda yang terkenal dengan lakonan penuh emosi bakal bergandingan di dalam sebuah drama Sekali Aku Bahagia di slot Samarinda TV3.

Di dalam drama tersebut, Ummi Nazeera memegang watak sebagai Rania Farahin dan Nabila Huda sebagai Aireen.

Menerusi perkongsian Nabila di TikTok, terdapat konflik yang berlaku di antara mereka berdua sehingga Aireen bertindak kasar terhadap Rania.

“Yang nyata nya kita berdua tak bersalah Aireen. Kita hanya mangsa keadaan, Kau dan aku tahu itu – Rania,” tulisnya memberi bayangan tentang situasi yang berlaku.

@abilsuhaimi “Yang nyata nya kita berdua tak bersalah Aireen..Kite hanya mangsa keadaan..Kau dan aku tahu itu..” -Rania #Sekaliakubahagia #Comingsoon #Fyp ♬ Lelaki – Yuna

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan gandingan dua pelakon hebat ini di dalam sebuah drama yang sama.

“Elok sangat lah dua-dua ni bergabung. Superb! Talented!

“Woowww. Bila dua orang ni bergabung, memang terbaik.

“Best diorang ni berlakon nampak real,” komen netizen.

Selain Ummi Nazeera dan Nabila Huda, antara barisan pelakon lain adalah Azhan Rani, Keith Foo, Qistina Raisah, Meor Mohd, Duerra Mitilda, Danish Iskandar dan Danish Hazriq.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Nov 2018

Maaf…Dunia Glamour Bukan Untuk Mamat Lagi

Apa cerita terbaru agaknya Mamat sekarang eh?

Featured Wed, 24 Aug 2022
Featured Thu, 19 Mar 2020

Tudung labuh kekal popular dalam kalangan wanita hari ini

JimmyScarves hasil rekaan lebih kontemporari

Hiburan Mon, 23 Apr 2018

Achey Hadiahkan Isteri Kereta Mewah!

Bertemakan sukan dan santai, majlis meraikan hari jadi Anne berlangsung di sebuah bengkel kereta milik kawan Achey di Shah Alam

LIFESTYLE Fri, 14 Dec 2018

3 Tips Cantik Sebelum Tidur

Nak cantik sebelum tidur ikuti tips ini

Featured Thu, 4 May 2023

Bekas Suami Didie Alias, Pelakon Ridzuan Hashim Meninggal Dunia

Innalillahiwainnalillhirojiun.. Al-fathihah.. Salam Takziah buat keluarga Allahyarham dan Mami Didie ❤️

Featured Thu, 11 Nov 2021

Kes Dadah Zarina Anjoulie Ditangguh Februari Depan

Perbicaraan di kes di tangguh ke tahun 2022

Featured Sun, 24 May 2020

Rakyat diminta terus patuhi SOP untuk hentikan rantaian COVID-19

Sambut Aidilfitri seperti biasa, namun patuhi peraturan