[VIDEO] Alif Hadi & Yasmin Hani Rancang Nikah Hujung Tahun Ini – “Kalau Boleh Nak Cepatkan”

Status hubungan antara pelakon Yasmin Hani, 43, dan aktor Alif Hadi, 34, hangat diperkatakan.

Mengakui sedang menjalin cinta, Alif ketika ditemui media baru-baru ini tidak menafikan mereka sedang meniti hari bahagia untuk disatukan pada hujung tahun ini.

“Insya-Allah kalau ada rezeki tahun ini. Saya tak menafikan, kalau boleh tahun ni kita lanjutkan. Lagi cepat lagi bagus sebab daripada kita keluar orang nampak dengan masih tiada ikatan dan sebagainya.

“Terutama status Hani, jadi kalau boleh saya nak percepatkan.

“Sekarang kami masih fasa menantikan hari bahagia kami dan fasa mengenali sebagai calon bakal isteri,” katanya.

Mengulas mengenai detik perkenalan mereka, Alif berkata dia dan Hani amat menghormati status bakal isterinya itu, terutamanya hubungan bersama anak-anak.

“Mula-mula memang nak berkenalan dulu dengan dia, but after awhile saya rasa tak fair kalau saya rapat dengan dia sahaja sebab dia merupakan single mother.

“Jadi apa yang saya rasa yang paling penting ialah perasaan anak-anak terhadap perubahan keluarga mereka.

“Hani baru lagi bercerai, jadi mentaliti anak-anak kadang tak pandai nak luahkan rasa mereka, risau sekiranya mereka pelik kenapa mummy mereka keluar dengan lelaki lain, siapa lelaki tu dan sebagainya.

“Jadi saya dan Hani cuba peka terhadap perasaan anak-anak terlebih dahulu dan Alhamdulillah sekarang ni saya boleh katakan mereka merestui hubungan,” katanya.

Disoal mengenai perkara yang dilakukan untuk mengambil hati anak-anak Hani, Alif berkata dia mengambil masa selama dua hingga tiga bulan dengan banyak melakukan aktiviti bersama.

“Saya suka budak-budak, jadi nak tackle mereka ni tak susah cuma nak tau mereka suka apa, kena selalu melayan, kadang saya ambil mereka pergi sekolah, main bola dan sebagainya.

“Saya pun nak cuba meringankan beban Hani kadang dia kena pergi kerja, jadi saya banyak luangkan masa dengan anak-anak dia.

“Lebih kurang dua tiga bulan rapat dengan anak-anak Hani. Tapi saya fikir tak nak terus muncul dalam kehidupan anak-anak Hani. Sikit-sikit kami perkenalkan siapa diri saya pada anak-anaknya,” ujarnya.

Untuk info, Yasmin Hani pernah menikah bersama Shahrin Razali pada 2011. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 9, dan Eissa Elzander Wong, 6.

Terdahulu, sebuah video memaparkan aksi manis Yasmin dan Alif tular di aplikasi TikTok meraih perhatian warganet yang terhibur melihat gelagat comel mereka.

@yasminhanirichardson

Ni lah perangai boyfriend i yang clingy. Susah nak berenggang @Alif Hadi 😂😘 #fyp #ForYouPage #TikTokMalaysia #AlifHadi #YasminHani

♬ original sound – Yasmin Hani Richardson – Yasmin Hani Richardson

Aqilah Paharuzi