Hiburan By: Izzi Farhana June 7, 2023 @ 7:12pm

[VIDEO] Asyik Berlakon Aksi Romantis Dalam Drama, Kini Giliran Syukri Yahaya Berlakon Bersama Isteri Pula

Pelakon yang cukup terkenal dengan watak suami romantis, Shukri Yahaya tampil dalam sebuah video bersama isterinya, Tya Adnan.

Video tersebut bertujuan untuk mempromosikan sebuah jenama produk makanan.

@pakmatwestern Sweet betul Shukri Yahya dan isteri…kalah drama lain 🤣 #fyp #foryou #viral ♬ original sound – pakmatwesterncafe

Menerusi video tersebut, Shukri kelihatan mesra dan romantis di samping Tya dan netizen menyifatkan aksi mereka boleh mengalahkan drama lain.

Difahamkan, sebelum ini, kebanyakan strategi promosi jenama terbabit dilakukan dengan menghimpunkan pelakon-pelakon drama dan filem terkenal untuk mengimbau kembali naskhah tersebut seperti Istanbul Aku Datang, Adnan Semp-it dan 7 Hari Mencintaiku.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji hubungan suami isteri yang mesra dan romantis itu.

“Wah sweetnya macam lebih dari drama TV3.

“Tak, sekarang ni diorang bersweet-sweet aku pulak yang blushing.

“Tolong buat drama suami isteri ni please. Sweet sangat,” tulis netizen di ruangan komen.

Untuk rekod, Shukri dan Tya sudah mendirikan rumah tangga selama lapan tahun dan dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan iaitu Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Dec 2023

Pekin Ibrahim, Mona Allen Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

Alhamdulillah! Syoknya dapat baby lagii 🥰🥰

Hiburan Sat, 13 Jan 2024
Hiburan Mon, 17 Dec 2018
Hiburan Mon, 25 Feb 2019

Nabil Mahir Dan Sarah Hilderbrand Putus?

Betul ke putus? Tak kot…

Hiburan Mon, 25 Mar 2019

Ruffedge Lancar Kelab Peminat

Ini merupakan inisiatif para peminat sendiri untuk menjadikan sebuah platform yang menghubungkan dengan para peminat kami.

Hiburan Sat, 29 Sep 2018

MATA Menang Lagu Terbaik APM 2018, Ayda Jebat Terkejut Sampai Tersalah Cakap?

Ini merupakan anugerah pertama untuk kategori ini yang pernah saya dapat. Saya percaya muzik yang bagus boleh diterima di mana saja walaupun bukan di Malaysia.

#tilljannah Fri, 13 Jan 2023