[VIDEO] Bacaan Surah Al-Fatihah Diva AA Buat Ramai Tersentuh – “Teruskan Belajar, Kami Sokong Mana Yang Baik”

Selebriti hangat Azwan Ali atau Diva AA tampil menyentuh hati ramai warganet selepas tular dirinya membaca surah Al-Fatihah di TikTok, baru-baru ini.

Menerusi video yang di muat naik oleh Utusan TV, Azwan kelihatan sangat menghayati bacaan tersebut sambil bertaranum.

@utusantvofficial Isma’ Kalamullah #SelebritiRamadan – Azwan Ali – #alfatihah #inspirasiramadan #fyp #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok ♬ original sound – UtusanTV

Melihat kesungguhan selebriti kontroversi itu mendalami ayat tersebut, kebanyakan warganet memujinya meskipun bacaannya masih perlu diperbaiki.

Dalam menyatakan rasa kagum, rata-rata warganet turut mendoakan agar Azwan terus istiqamah dalam memperbaiki dirinya ke arah kebaikan menerusi ruangan komen.

Fatin Nurain