Categories: Drama

Tonton Apa Hari Ni: ‘Irama Kita’

Muzik adalah suatu seni yang dekat di hati umum. Namun, tidak ramai yang mendapat galakkan keluarga untuk berkecimpung secara serius dalam bidang ini walaupun ternyata berbakat. Malah, ramai yang ditegah atas sebab-sebab yang tidak memberangsangkan.

Isu ini diketengahkan dalam filem original Tonton yang berjudul ‘Irama Kita.’

Filem ini mengisahkan empat sekawan, Izaida Hafizi (dilakonkan oleh Farah Nadiah), Kefli Rahim (dilakonkan oleh Ahmad Adly), Syafiq (dilakonkan oleh Aiman Tino) dan Alvin Tham (dilakonkan oleh Kahoe Hon), yang mempunyai minat mendalam dalam bidang muzik.

Turut membintangi filem ini adalah nama-nama veteran dalam dunia seni tanah air seperti Bell Ngasri, Jaafar Onn, Didie Alias dan Angeline Tan.

‘Irama Kita’ memaparkan pelbagai cabaran yang perlu diharungi bagi watak-watak utama ini yang berhasrat untuk menjadikan muzik sebagai kerjaya utama mereka.

Ada yang mendapat tentangan oleh ahli keluarga sendiri. Ada juga yang terpaksa bergelut dengan kekangan kewangan. Secara tuntasnya, dugaan yang dihadapi memang menjadi masalah besar bagi setiap daripada mereka.

Namun, empat sekawan ini tidak patah semangat. Mereka tetap teguh dengan pendirian mereka.

Dengan poket yang tidak berisi, mereka yang lebih mesra dengan panggilan Izi, Fiq, Alvin dan Kef telah mengambil langkah untuk ke uji bakat bagi ‘The Academy’ iaitu sebuah program realiti televisyen. Pengalaman ini memberi mereka perspektif yang lebih meluas.

Cerita Apa? ‘Irama Kita’
Di Mana? Strim Eksklusif di Tonton

Afiqah Azizan